Kenapa Planned Preventive Maintenance (P.P.M) Boleh Elak Laptop Anda Dari Panas & Off Sendiri?

Share on facebook
Share

Majoriti yang ada laptop biasanya pernah & akan alami masalah ini:

  • Laptop terpadam sendiri
  • Laptop mati tiba-tiba
  • On tak sampai 5 minit, lepas tu laptop mati
  • Laptop terasa bahang panas kat area kipas
  • Laptop bila panas akan off sendiri

Ini antara masalah yang biasa kami terima & dengar hampir setiap hari.

Biasanya bila dah jadi masalah kat atas ni, laptop akan jadi slow dan selalu hang sebab performance ‘out’ bila laptop panas.

Tapi mereka yang biasa buat ‘laptop maintenance’ tak akan alami masalah kat atas ini.

Sebabnya bila sampai masa, mereka akan hantar laptop untuk servis. Macam kita hantar kereta untuk servis setiap 6 bulan.

Jadi, untuk elak laptop panas yang boleh ‘lead’ kepada rosak motherboard dan chipset (kos repair RM500++)…

Semua pengguna laptop MESTI buat ‘laptop maintenance’ supaya laptop tahan lama dan laju.

Anda Tahu Tak Apa Musuh Utama Laptop?

Habuk & Haba

2 benda ni yang menyebabkan laptop overheat.

Kalau kita biarkan laptop selalu overheat tanpa buat apa-apa, lama-lama laptop akan terpadam sendiri (on kejap je dah mati).

Dan kalau kita masih tak hantar untuk servis, paling teruk yang boleh jadi ialah laptop langsung tak boleh on (skrin gelap walaupun power on menyala).

Macam Mana Nak Keluarkan Udara Panas & Sejukkan Laptop?

3 komponen penting dalam laptop untuk keluarkan haba panas & sejukkan laptop:

  1. Heatsink
  2. Kipas
  3. Thermal paste

Bila kita on laptop, graphic chipset dan processor akan menghasilkan haba panas.

Haba ini akan dipindahkan melalui thermal paste dan heatsink, kemudian kipas akan menolak udara panas keluar melalui lubang heatsink.

Kipas juga akan menarik udara sejuk dari luar supaya suhu laptop tidak terlalu tinggi.

Kalau laptop baru beli, aliran udara yang keluar masuk memang lancar sebab tak ada blockage (habuk).

Bila dah pakai 6-12 bulan ke atas, habuk mula terkumpul pada kipas dan heatsink, semakin banyak & semakin tebal.

Thermal paste pun dah mula kering.

Bila lubang heatsink penuh habuk, aliran udara tersumbat dan menyebabkan udara panas tak boleh keluar.

Laptop mula jadi lebih panas (overheat) dari biasa.

Bila laptop terlalu kerap overheat, graphic chipset boleh rosak sebab kaki chipset mula cair.

Simptom awal biasanya laptop selalu mati sendiri. Lama-lama skrin jadi gelap walaupun butang power menyala.

Ramai orang tanya kenapa laptop tak boleh on? Ini lah puncanya!

Selain itu, kipas akan bunyi bising sebab kipas berputar pada high speed untuk sejukkan laptop yang panas.

Dan anda boleh rasa panas bila pegang body laptop terutamanya pada lubang heatsink.

Tapi semua masalah di atas bukan masalah besar pun pada kita.

Ye betul. Jadi apa masalah besar yang patut kita risau?

Bila laptop dah sampai tahap overheat dan mati sendiri…

Ada 3 Benda Yang Patut Anda Risaukan

1. Prestasi Laptop Dari Segi Kelajuan Makin Menurun. Macam Laptop ‘Buruk’

Processor bekerja pada tahap optimum pada suhu tertentu (tidak terlalu panas).

Sebab itu ia perlu disejukkan dengan bantuan thermal paste, heatsink dan kipas.

Bila udara panas terperangkap, processor jadi cepat panas.

Laptop jadi slow, kerap hang, buat kerja pun tersangkut-sangkut. Tak smooth macam biasa.

Siapa yang suka tengok laptop asyik hang je.

Kerja boleh siap 5 minit jadi 30 minit. Buang banyak masa.

Ditambah lagi faktor-faktor lain seperti virus, hard disk ada bad sector, file berterabur, banyak program laptop ‘makan’ RAM dan sebagainya.

2. Susah Nak Buat Kerja Bila Laptop Kerap Mati Sendiri

Paling teruk, baru on 5 minit tiba-tiba off sendiri.

Ada yang boleh bertahan 30 minit hingga 1 jam bergantung kepada tahap kerosakan.

Yang stressnya tengah syok buat kerja, tiba-tiba skrin gelap! Laptop mati.

Kalau tengah edit gambar ke, memang tak sempat nak save. Kerja pun jadi lambat.

On 10 minit, mati. On balik 15 minit, off balik. Bila kerja nak siap ni!

3. Terpaksa Rugi RM500++ Bila Motherboard @ Graphic Chipset Rosak

Chipset sangat sensitif dangan suhu yang terlampau tinggi.

Bila kerap panas, chipset boleh rosak. On laptop boleh tapi tak ada display. Skrin hitam je.

Chipset tak boleh repair tapi kena ganti baru. Harga boleh cecah RM500++.

Baik simpan duit tu untuk shopping. Lagi puas hati.

Ada kes terlalu banyak komponen laptop rosak sebab tak pernah buat servis.

Nak repair dan tukar spare part memang tak berbaloi sebab mahal sangat.

Nak tak nak kena la korek tabung kat rumah sebab nak beli laptop baru. Confirm beribu kan.

Padahal boleh jimat duit tu kalau servis ikut jadual. Harga nak servis pun tak mahal mana.

3 Perkara Best Yang Berlaku Bila Anda Servis Laptop

1. Panjangkan Jangka Hayat Laptop

Laptop yang sentiasa buat maintenance bila sampai masa (macam servis kereta), laptop tu boleh pakai lama.

Bertahun-tahun tanpa perlu risau risiko rosak dan terpaksa beli baru.

2. Jimat Duit Beratus Ringgit

Sebab kalau motherboard @ chipset rosak, banyak jugak nak keluar duit sampai RM500++ untuk repair motherboard @ ganti chipset baru.

Kan dah rugi duit tu.

3. Paling Penting Performance Laptop Tip Top Macam Laptop Baru

Laptop laju, tak hang, buat kerja tak sangkut, tak panas dan smooth je.

Baru la boleh buat kerja dengan selesa.

Ni tak, nak bukak laptop pun malas sebab sakit hati bila laptop hang.

Nak on berjam-jam pun ok je bila aliran udara bagus dan udara panas boleh keluar dengan bantuan kipas, heatsink dan thermal paste dah yang diservis.

Bagi Yang Ada Masalah Laptop Terpadam Sendiri Dan Nak Dapatkan Servis P.P.M

Kami boleh siapkan dalam tempoh kurang 24 jam. Hantar hari ni, esok dah boleh ambil*.

Servis PPM ni juga memang recommended untuk laptop yang:

  • Langsung tak pernah buat maintenance
  • Kipas bunyi bising
  • Rasa panas melampau pada body laptop (lubang heatsink)

Jangan dah rosak, baru nak servis. Takut terlambat je.

BONUS terhad. Dapatkan FREE

Dapatkan rebate RM10 kalau anda terus buat payment melalui website. Klik SINI.

Klik button di bawah untuk Whatsapp customer service FR untuk maklumat lanjut.

Share on facebook
Share

Urgent nak repair laptop? Isi form di bawah. Cik Ain akan whatsapp anda dalam masa terdekat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top