Uncategorized

Motherboard Rosak? Tapi Tak Tahu Nak Repair Atau Beli Baru? Berbaloi Ke Atau Tidak Untuk Repair? Risau Dengan Kos?

Saya paham dengan apa yang sedang anda lalui. Seperti anda saya juga pengguna laptop. Sebagai pengguna, laptop itu ibarat nyawa kita, di situ lah kita melakukan kerja dan mencari rezeki.Laptop yang rosak akan menjejaskan prestasi kita atau menyukarkan keadaan dalam pelbagai aspek anda sebagai student, pekerja, owner business dan lain-lain lagi.Di dalam artikel ini dengan maklumat yang diberikan dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang bijak. 

REPAIR MOTHERBOARD YANG ROSAK
Seperti yang anda semua tahu dalam sesebuah laptop, motherboard merupakan komponen yang sangat penting.Motherboard berperanan memegang dan membolehkan komunikasi antara komponen elektronik yang penting dalam sistem, seperti Central Processing Unit (CPU), dan Memory, dan sambungan untuk perkakasan lain.

(contoh motherboard laptop)

 
PELIK MACAM MANA MOTHERBOARD SAYA BOLEH ROSAK?
 

(Gumpalan habuk & debu banyak sampai tersumbat laluan air flow laptop anda tak cun)

(Thermal paste pada GPU & CPU kering sebab menyebabkan komponen ni overheating)

 

(Fan laptop kotor banyak habuk, angin tak cukup kuat tu yang lama-lama boleh rosak motherboard)

 Tertumpah air pada laptop juga boleh mendatangkan kerosakan pada motherboard dan juga komponen elektronik yang lain.Tapi penyebab utama yang menyebabkan motherboard laptop anda rosak adalah berpunya dari overheating dimana aliran udara keluar masuk dari laptop anda tidak cekap yang boleh menjahanamkan laptop kesayangan anda.Saya berikan anda satu scenario, cuba anda bayangkan enjin kereta anda panas sebab anda lupa isi air pada radiator kereta anda. comfirm rosak kereta anda kalau di biarkan aje.Macam tu jugak la dengan laptop anda, untuk mengelakkan dari berlaku masalah seperti ini rajin-rajin la servis laptop anda bersihkan fan dan air flow dari habuk dan jangan lupa tukar thermal paste kalau sudah kering.Kalau tidak yakin untuk buat servis sendiri anda boleh hantar laptop anda ke kedai laptop dan biar mereka yang servis laptop anda. Ini secara tidak lansung dapat mengurangkan risiko motherboard dan overheating dan rosak. 
MACAM MANA NAK KENAL PASTI MOTHERBOARD LAPTOP ANDA ROSAK?
  • Laptop tak boleh nak ON. Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.
 
  • Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.
 
  • Cucuk adepter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adepter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.
 
  • ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.
 
  • ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri.
Tak pasti dengan kerosakan laptop anda? sekiranya anda ada masa terluang anda boleh hantar laptop ke kedai untuk di periksa. 
KOMPONEN APA YANG MENYEBABKAN MOTHERBOARD LAPTOP ROSAK?

(contoh motherboard)

(contoh chipset/graphic chipset)

 Komponen motherboard laptop yang biasa rosak adalah chipset/graphic chipset. Apa tu chipset?Chipset ini penting untuk motherboard. Kalau motherboard itu nadi sesebuah laptop, maka chipset itu ibarat jantung sesebuah laptop. Dimana memikul peranan yang sangat penting. 
ANTARA MASALAH MOTHERBOARD YANG SERING DIBAIKI
  • Laptop tak boleh nak on (NO POWER)
 
  • Laptop autoshutdown  (ON 5-15 MINIT TERPADAM)
 
  • Laptop autorestart (TENGAH GUNA LAPTOP TIBA-TIBA RESTART DENGAN SENDIRI)
 
  • Laptop boleh on tapi display tak keluar (NO DISPLAY)
 
  • Laptop boleh on tapi display macam tv rosak (WARNA HIJAU MACAM CERITA MATRIX)
BOLEHKAH MOTHERBOARD LAPTOP SAYA DI BAIKI LAGI? BERBALOI TAK?
Untuk kepastian sama ada laptop anda yang telah rosak itu masih boleh di repair atau tidak. Repair motherboard kosnya lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan membeli laptop baru yang kosnya RM1500++ bergantung pada model dan spesifikasi.Bukan semua orang mampu membeli laptop baru dengan ekonomi yang tidak menentu sekarang, secara tidak langsung dapat menjimatkan kos. Untuk lebih kepastian anda boleh menhantar laptop anda ke laptop berhampiran atau ke kami FR LAPTOP SERVICE. 
  • Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah motherboard rosak adalah dengan repair balik motherboard yang rosak itu untuk pulih kembali.
 
  • Menukar chipset yang rosak atau terbakar dengan chipset yang baru supaya laptop boleh beroperasi seperti dahulu.
 
BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH SELESAIKAN?
Terdapat lima pilihan yang boleh dilalukan untuk menyelesaikan masalah ini: 
  • Tukar motherboard baru
(untuk penggetahuan anda harga motherboard laptop tak sama dengan desktop. Ini kerana Motherboard laptop jauh lebih mahal ada yang mencecah ribuan ringgit) 
  • Tukar motherboard secondhand
Ini berisiko sedikit, seperti anda tahu barang second hand ni bukan semuanya OK. Anda sendiri tak tahu condition motherboard tersebut, kebiasannya ada banyak benda yang tak kena. 
  • Repair motherboard
Membaiki komponen atau bahagian yang sudah rosak supaya motherboard tersebut boleh beroperasi seperti biasa. Kelebihanya adalah kos adalah lebih rendah dari tukar motherboard baru 
  • Tukar chipset/graphic chipset baru
Menukar seketul chipset motherboard yang rosak dengan chipset yang baru dengan harga yang berpatutan dan juga mendapat hasil yang terbaik. 
  • Beli laptop baru
Ini adalah jalan teraikhir sekiranya motherboard laptop anda tidak dapat di baiki lagi. Ye lah harga laptop sekarang bukan nya murah, aggaran RM1500+++ itu pun bergantung dengan model dan spesifikasi yang anda mahukan. Biasanya ini merupakan jalan yang terakhir.
MANFAAT YANG ANDA DENGAN SERVIS REPAIR MOTHERBOARD
 
  • Dapat menjimatkan kos, daripada membeli laptop baru yang berharga lebih dari RM1500+++ (mengikut specifikasi)
 
  • Selain itu, anda dilindungi ‘insuran’ 5 bulan warranty, satu-satunya kedai laptop di lembah klang.
 
  • Untuk anda yang ada masalah tak ada display, anda akan dapat new set graphic chipset, bukannya reheat (guna semula graphic chipset lama).
 
  • Dengan technician yang berpengalaman, laptop anda akan dibaiki dengan berhati-hati untuk kesan setiap masalah laptop anda.
 
  • Kalau anda risau ambil masa lama untuk repair, jangan risau sebab di FR, servis repair motherboard hanya ambil masa 5-7 hari bekerja untuk siap.
 
  • BONUS tambahan yang anda dapat adalah membership card (seumur hidup)
 
  • Diskaun RM50 pada Hari lahir anda. Kerana anda begitu berharga untuk FR dan kami menghargai anda sebagai pelanggan kami.​
 
  • Selain itu, anda layak dapat diskaun RM10 untuk setiap servis di FR Laptop Service.
 
FR LAPTOP SERVICE JUGA ADA MENYEDIAKAN SERVIS RUNNER BAGI MEREKA YANG TIADA KELAPANGAN DAN SIBUK UNTUK DATANG KE KEDAI
 
NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?
Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’ Waktu perniagaanSabtu – Khamis       : 9am – 9pmJumaat                       : 9am – 12pm, 3pm – 9pmCuti                             : Cuti AM Anda juga boleh like dan follow facebook FR Laptop Service untuk mendapatkan info terkini seperti tips berkenaan dengan laptop, contest dan juga promosi yang di sediakan oleh FR Laptop Service.