Uncategorized

Motherboard Rosak? Macam Mana Nak Detect Masalah Ini? Macam Mana Motherboard Boleh Rosak?

(gambar motherboard)

Motherboard  juga di kenali sebagai main board, system board, logic board atau mobo. Berperanan memegang dan membolehkan komunikasi antara komponen elektronik yang penting dalam sistem, seperti Central Processing Unit (CPU), dan Memory, dan sambungan untuk perkakasan lain.Motherboard  biasanya mengandungi sub-sistem penting seperti Central Processor, chipset , input/output dan memory controller, interface connector, dan juga integrated komponen untuk kegunaan umum.
CARA UNTUK DETECT MOTHERBOARD ROSAK?
  1. Laptop tak boleh nak ON. Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.
  2. Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.
  3. Cucuk adepter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adepter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.
  4. ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.
  5. ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri.
APA PUNCA MOTHERBOARD LAPTOP BOLEH ROSAK?
 
  • ON LAPTOP UNTUK JANGKA MASA YANG LAMA
Kebanyakkan orang kalau dah on laptop tu mesti lebih dari 5 jam betul tak? Kebiasaanya kalau anda melakukan kerja-kerja di laptop mengambil masa yang lama. Disebakan perkara ini laptop panas dan boleh menyebabkan motherboard laptop anda rosakDinasihatkan kalau anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang lama, elok anda berhenti seketika dan matikan laptop tersebut. Biar laptop dan komponen didalamnya itu sejuk, lepas itu anda boleh sambung kerja anda. Ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan motherboard laptop dari cepat rosak. 
  • KIPAS LAPTOP TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK
Dekat  dalam laptop sekurang-kurangnya ada 1 – 2 kipas, bergantung pada jenis laptop. Kipas memainkan peranan yang sangat penting. Fungsi kipas ni untuk menyejukkan processor, graphic chipset dan komponen-komponen lain yang ada kat dalam laptop dari overheating.Overheating boleh menyebabkan komponen motherboard panas dan paling teruk ia mampu merosakkan motherboard sekiranya masalah ini tidak diatasi.Sebab kipas laptop tidak berfungsi dengan baik, ada kemungkinan debu-debu habuk banyak melekat. Lagi satu kemungkinan kipas laptop rosak dan ia gagal berfungsi seperti biasa. Kalau korang ada alami problem ni saya nasihatkan agar korang check kipas laptop. 
  • MAIN GAME TERLALU LAMA
Perkara ni confirm ramai yang buat. Ramai orang kat luar sana minat bermain permainan video game kat pc / laptop. Ye la siapa yang tak suka main game. Untuk bermain game memang ada laptop yang dicipta khas untuk bermain game dan mempunyai spec yang tertentu.Apa yang terjadi ketika korang main game, hardware seperti CPU, GPU dan RAM akan berkerja dengan lebih keras. Apatah lagi kalau game yang korang main tu memerlukan graphic yang tinggi.Disebabkan komponen-komponen laptop ni berkerja dengan keras sudah pasti komponen tersebut akan menjadi panas. Sekiranya korang pengemar video game saya nasihatkan beli laptop yang khas untuk gaming, lebih baik lagi kalau pakai PC. Sebab PC boleh upgrade macam-macam berbanding laptop. 
  • GUNA LAPTOP ATAS PERMUKAAN FABRIK
Kenapa tak boleh guna atas fabrik? Sebab bila guna laptop kat permukaan fabrik, contoh tilam atau bantal, ini akan menghalang/menganggu air flow laptop.Bila air flow tak cun mula la komponen-komponen kat dalam laptop suhu meningkat sebab laluan udara kena halang. Suhu yang panas adalah musuh utama komponen laptop, sebab komponen dalam tu amat sensitif.Ada kemungkinan motherboard boleh rosak jika tabiat ini tidak dibendung. 
  • MELETAKKAN MINUMAN BERDEKATAN DENGAN LAPTOP ANDA / TERTUMPAH AIR / MASUK AIR
Perkara ini ramai di antara kita suka lakukan. Dengan meletakkan makanan atau minuman berhampiran dengan laptop. Ini merbahaya untuk laptop anda dimana minuman tersebut tertumpah pada laptop boleh menyebabkan kerosakan yang kecil atau besar.Komponen elektronik sememangnya tidak ngam dengan cecair atau air. Peratusan untuk motherboard yang rosak disebabkan terkena cecair atau air untuk di repair adalah 50/50 bergantung pada tahap kerosakkan pada motherboard terbsebut. 
  • TIDAK TANGGALKAN BATERI SEKIRANYA ANDA SEDANG MELAKUKAN KERJA SAMBIL MENGECAS.
Ini adalah sangat tidak baik untuk laptop anda. Tidak menanggalkan bateri sambil guna direct power dan anda sedang melakukan kerja, boleh menyebabkan bateri dan laptop anda itu sendiri untuk rosak cepat.Ini kerana direct power sekali dengan bateri charging dan sambil bermain laptop menyebabkan laptop tu panas yang lebih dari biasa. Anda perlu tahu dimana suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop.Nampak remeh tapi lama-lama kesan yang akan berlaku pada laptop anda adalah bateri dan motherboard laptop boleh rosak. Sekiranya anda kerap melakukan perkara seperti ini untuk jangka masa yang lama. 
  • TIDAK PERNAH CHECK ATAU MENUKAR THERMAL PASTE YANG TELAH KERING
Thermal paste memainkan peranan penting bertujuan untuk menyejukkan chipset anda, kebiasaanya ia disapukan di bahagian chipset motherboard anda. thermal paste yang sudah lama tidak ditukar akan menjadi kering dan menyebabkan thermal paste itu tidak dapat berfungsi dengan baik.Sekiranya thermal paste yang sudah kering dan tidak ditukar akan mendatangkan masalah untuk jangka masa akan datang. Simpton berlaku korosakan pada motherboard akan berlaku dari masa ke semasa.  Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, saya menasihatkan anda untuk membawa laptop tersebut ke kedai komputer berdekatan dan bertanya pada merekar yang pakar supaya memeriksa laptop itu atau menghantar laptop tersebut kepada kami FR Laptop service untuk di periksa. 
NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?
Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’ Waktu perniagaanSabtu – Khamis       : 9am – 9pmJumaat                       : 9am – 12pm, 3pm – 9pmCuti                             : Cuti AM