Microsoft Surface Book 2

Spesifikasi

  • Intel Core i7-8650U processor
  • Nvidia GeForce GTX 1060 6GB GDDR5
  • Windows 10 Pro
  • 16GB memory
  • 1TB PCIe SSD
  • 15 inch screen with 4K display
  • IEEE 802.11a/b/g/n/ac with Bluetooth 4.1
 RekabentukSalah satu berubahan ketara pada Surface Book adalah saiznya yang kini 15 inci. Ia juga mempunyai skrin yang lebih besar dan deck keyboard yang lebih besar. Penutupnya diperbuat daripada warna kelabu matte dan terdapat logo Windows yang diperbuat daripada silver yang berkilau. Skrin dan BunyiSurface Book 2 memuatkan skrin bersaiz 15 inci dan juga beresolusi 4K menjadikan laptop ini sebuah laptop yang terbaik untuk entertainment. Warna yang terhasil juga cukup cantik dan backlight skrinnya juga terang.Speakernya pula agak memuaskan. Ia cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana, tetapi, bunyi yang terhasil, terasa kurang bass. Keyboard dan TouchpadMeskipun keyboard pada Surface Book 2 ini agak rendah, tetapi ia tetap memberikan rasa yang memuaskan ketika menaip. Ia mempunyai bunyi klik yang sangat memuaskan dan juga tanpa perlu menekan dengan begitu kuat.Touchpadnya pula cukup sesuai untuk kegunaan WIndows. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa masalah. PrestasiDengan spesifikasi yang cukup tinggi, ia memberikan performance yang cukup bagus tanpa sebarang delay dan juga lag atas penggunaan Google Chrome sebanyak 30 tab beserta streaming dan juga melukis menggunakan Windows Ink Workspace. Baterinya boleh bertahan selama 12 jam atas penggunaan Chrome dan juga wifi connection.