Good Contents Are Everywhere, But Here, We Deliver The Best of The Best.Please Hold on!
Data is Loading...
Your address will show here +12 34 56 78
  • Text Hover
Soalan Lazim

Laptop saya bila ON jadi blank screen. Lampu keyboard menyala tapi screen gelap je. Ape punca ye tuan. Boleh repair tak?

Masalah laptop anda ni kemungkinan besar masalah hardware. Sebelum tu anda boleh troubleshoot dahulu di rumah. On laptop anda dan sambungkan kabel vga@hdmi ke external monitor. Sekiranya keluar display pada external monitor, skrin laptop problem.

Kalau external monitor pun tak keluar display problem datang dari motherboard @ graphic chipset.

Kalau motherboard rosak adakah semua barang yang ada dalam tu hilang?

Maksud anda data-data, fail, gambar, muzik, video, dokumen? Data-data ni ada dalam hard disk. Sekiranya hard disk anda masih dalam keadaan yang baik, data dekat dalam hard disk masih boleh di akses. Kalau nak guna urgent data tu, anda boleh cabut hard disk dan pasang ke external closure untuk dijadikan external hadisk.

Skrin gelap. Pernah repair sekali. Lepas sebulan rosak semula, masalah sama jadi balik.

Buat repair apa tu? Pendapat saya kalau masih ada warranty hantar balik ke kedai yang repair tu. Biasanya masalah no display (power ada tapi display gelap) berpunca dari hardware sama ada skrin @ graphic chipset @ motherboard.

Lagi satu kalau repair tak boleh lenjan laptop tu macam laptop baru, on 2-3 jam rest ½ jam ke bagi cool down laptop tu.

Tekan button power, menyala kejap lepas tu padam terus. Tak sampai 3 saat. Apa masalah tu ye tuan. Orang cakap motherboard rosak. Betul ke?

Betul, on power, lepas beberapa saat terpadam selalunya berpunca dari motherboard yang bermasalah. Kemungkinan motherboard tu short-circuit dan komponen kat dalam rosak terbakar dan sebagainya.

Berapa harga repair motherboard?

Anda boleh klik link ni untuk dapatkan maklumat lanjut > https://frlaptopservice.com/servis-repair-motherboard/

Laptop saya tiba-tiba off time tengok movie online. Bila try on balik, skrin gelap. Lampu battery tak nyala. Tukar charger baru still sama, tak boleh on.

Maksud anda langsung tak boleh on ke? No power? Dah tukar charger pun masih sama? Cuba tukar power cord pada adapter tersebut atau pinjam charger kawan-kawan yang ok. Sekiranya masih tidak boleh on, berkemungkinan besar motherboard yang bermasalah.

Saya punya laptop Acer dual core ada masalah selepas on dalam 5 minit kadang-kadang lebih, power off suddenly. Boleh saya tahu masalah hardware/software?

Model laptop lama ni. Untuk masalah laptop 5 minit on, terus padam adalah masalah berpunca daripada hardware. Laptop tu guna graphic apa? AMD, nvidia, Intel? Kemungkinan besar masalah berpunca dari motherboard atau graphic chipset.

Laptop saya problem motherboard. Dah lama terbiar tak repair. Boleh repair lagi ke?

Dah lama tu berapa tahun terbiar? Lama terbiar takut ada masalah lain. Repair bergantung pada tahap kerosakan, kalau tak teruk masih boleh di baiki lagi. Spec laptop tu tinggi ke? Kalau spec laptop anda jenis yang lama rasa tak bebaloi sebab spec rendah dan ada beberapa jenis spare part lama susah nak cari.

Tapi jangan risau, kami akan troubleshoot untuk anda dan tentukan sama ada kosnya tinggi atau pun tak.

Kalau laptop saya dah lama tak on, laptop akan rosak ke? Saya dah dekat 2 tahun tak on laptop. Bila try nak on tak boleh. Gelap je.

Lama tak on laptop pun boleh jadi punca masalah. Cuba anda bayangkan kereta 2 tahun tak on, mesti susah nak start, ada rosak sana sini macam tu jugak dengan laptop. Masalah gelap tu kena troubleshot masalah berpunca dari hardware mana. Motherboard @ skrin @ graphic chipset boleh jadi bermasalah.

Lagi satu dah lama tak on berkemungkinan ada masalah lain seperti windows ok ke tak, hard disk ok ke tak, sound ok ke tak dan lain-lain lagi. Jadi kene troubleshoot masalah.