508 Jalan Kanan 1, Kampung Pandan 55100 KL +6017 288 2349
HABISLAH WOI!
LAPTOP TAK BOLEH ON, HABISLAH DATA PENTING!


“Cik Faten memang nak hantar laptop untuk cuci kipas tapi yang beliau tahu ada dekat low*** je. Nak pergi low*** tu beliau takut.

So tak ada lah beliau nak pergi hantar laptop untuk servis. Takut kena tipu. So bila keluar iklan FR, beliau dah tahu lah mana kedai melayu. “

Beliau beli laptop tahun 2014 tapi tak pernah buat servis (cuci kipas). Sebabnya tak tahu kedai mana yang boleh dipercayai.

.
Sampai 1 masa, laptop beliau tiba-tiba mati sendiri. Lepas tu langsung tak boleh on. Ada document penting dalam tu & risau takut file dalam daptop hilang! 🔥

So, bila hadapi situasi macam ni, dia terus hantar ke FR Laptop untuk dapatkan nasihat expert dalam bidang laptop.

Beliau kenal FR melalui FB. So start dari hari tu, beliau dah tahu FR ni ada repair laptop.
.

Beliau sedang sambung master di UKM Bangi dan buat programming guna laptop termasuk assignment yang beliau kena hantar. So, macam-macam lah file berkaitan yang sangat berharga bagi beliau

Anda teka, file dalam laptop beliau hilang tak?

Mesti lah tak hilang! Sebab yang rosak tu motherboard. Tak effect pun pada hard disk. So anda tak perlu risau kalau benda sama jadi. Buat rileks je.
.

Alhamdulillah, lepas dah repair motherboard, laptop kembali function seperti biasa. Kipas pun dah tak panas. Macam mula-mula beli dulu. Sebab masa mula-mula beli, memang tak ada rasa panas langsung.

Yang bestnya, FR kata seminggu baru siap repair tapi baru 3 hari dah dapat call siap.

=========
Laptop anda ada MASALAH?

Jangan TANGGUH lagi sebab dari masalah kecil boleh jadi besar/teruk bila tangguh repair atau servis.
Anda boleh datang ke kedai FR Laptop Service & technician akan check ON THE SPOT punca masalah laptop anda.

Mengapa anda perlu pilih FR Laptop Service?

Hanya satu-satunya kedai repair laptop di Malaysia yang mempunyai 1700+ review 5 BINTANG dari pelanggan-pelanggan.

Ini buktikan FR sediakan servis yang jujur & kualiti kepada anda. FR tidak akan ketuk/kencing/tipu anda. Spareparts dalaman & data laptop anda juga selamat & kekal seperti asal.

Hantar laptop & biarkan staff FR buat yang terbaik untuk anda.


Klik link bawah untuk bertanya masalah laptop anda.

www.frlaptopservice.com/hubungi
www.frlaptopservice.com/hubungi
www.frlaptopservice.com/hubungi

.
#PelangganPuasHatiKeutamaanKami
#JujurDanKualiti
#FRLaptopService
0

Uncategorized
Kebiasaannya gambar yang diambil melalui fon ataupun kamera, kualiti gambarnya cukup memuaskan tetapi jika diedit semula menggunakan software photo editor, gambar itu boleh menjadi lebih menakjubkan.Dan seperti biasa, Adobe Photoshop dikira sebagai software photo editor yang terbaik buat masa kini. Tetapi ia memerlukan latihan dan ia juga agak sukar untuk dikuasai. Dan software-software yang saya akan listkan ini lebih mudah untuk digunakan, dan anda tidak perlu membayar 1 sen untuk mendapatkannya.  
  1. GIMP GIMP merupakan sebuah software photo editor yang sudah lama berada di Internet. Ia memberikan pelbagai jenis tools yang boleh digunakan yang perlu dibayar pada software lain. Dan seperti photoshop, anda boleh mendapatkan plugin daripada Internet.
 
  1. Paint.NET Seperti GIMP, Paint.NET ini juga sudah lama berada di Internet. Ia langsung tidak sama dengan software Microsoft Paint, dan Paint.NET ini jauh lebih fleksibel berbanding Microsft Paint.
 
  1. Photos Pos Pro Interface Photos Pos Pro ini amat sama seperi Adobe Photoshop. Ia mempunyai pilihan novice dan juga expert yang boleh diubah mengikut kesukaan dan yang mana lebih mudah untuk digunakan. Salah satu kekurangan pada Photos Pos Pro ini anda mungkin perlu untuk mendapatkan yang Premium untuk edit gambar melebihi resolusi 1024 x 2014.
0

Uncategorized
Asus ZenBook Pro UX501 merupakan laptop yang mempunyai kelasnya tersendiri. Menggunakan metarial dan juga komponen untuk high performance. Mempunyai ciri-ciri dan reka bentuk yang sangat menarik ada elegen. 
SPESIFIKASI
ProcessorIntel® Core™ i7 6700HQ Processor, Operating SystemWindows 10 Home – ASUS recommends Windows 10 Pro. ChipsetIntel® HM170 Chipset MemoryDDR4 2133 MHz SDRAM, up to 16 G, OnBoard Memory 8 GB , 1x DIMM socket Display15.6″ 16:9 IPS FHD (1920×1080) Asus Splendid Video Intelligent Technology, Zero Bright Dot GraphicNVIDIA® GeForce® GTX 960M with 2G/4G GDDR5 VRAM StoragePCIE x 4 512G Card Reader2 -in-1 card reader ( SD/ SDXC/ MMC) CameraHD Web Camera NetworkingIntegrated 802.11 b/g/n or 802.11 acBuilt-in Bluetooth™ V4.010/100 Base T Interface1 x Microphone-in/Headphone-out jack1 x Type A USB3.0 (USB3.1 GEN1)3 x Type A USB3.0 (USB3.1 GEN1)1 x HDMI1 x Thunderbolt port AudioBuilt-in Stereo W Speakers And Array MicrophoneBang & OlufsenSupport Windows 10 Cortana with VoiceBattery96 Whrs60 Whrs  
ANTARA CIRI-CIRI YANG MENARIK
DISPLAY YANG LEBIH BAIKZenBook Pro boleh memaparkan lebih banyak warna, dengan warna yang lebih terang dan sharp daripada mana-mana paparan standard.Ia menggunakan teknologi IPS untuk memastikan warna kontras dan qualiti display sentiasa nampak cantik. ZenBook Pro telah menetapkan standard terbaru untuk laptop display. HEBAT DARI SEGI PERFORMANCEPerkataan ‘Pro’ pada ZenBook Pro bukan sekadar nama sahaja. Setiap komponen dipilih untuk memberikan performance yang cemerlang.Dengan gabungan prosessor i7, RAM 16gb dan juga grafik nvdia geforce GTX 960m. PCIe sehingga 512GB ssd storage dengan transfer speed 1400MB/s menjadikan ia lebih responsif. Menggunakan teknologi terbaru dual-band 802.11ac Wi-Fi dan bluetooth 4.0 membolehkan anda connect dengan dunia luar dengan kelajuan yang pantas.Tiga port USB 3.0 di tambah dengan port HDMI, mini DisplayPort dan juga pilihan sambungan Thunderbolt memberi akses kepada teknologi peranti yang terbaru. QUALITI SOUND YANG SEDAP DI DENGARIZenBook Pro mempunyai SonicMaster Premium, yang mengabungkan teknologi ICEpower, Bang&Olufsen memberikan pengalaman audio yang terbaik.Menghasilkan bunyi yang terbaik dalam kelasnya tersendiri lain dari laptop lain, dengan sound bass dan vocal yang jelas, walaupun pada tahap volume yang tinggi.  KERJA-KERJA GRAFIK DAN MULTI-TASKING LEBIH CEPAT DAN EFISIEINMenggunakan prosessor i7, dapat memberikan prestasi yang tinggi untuk sebarang kerja anda lakukan. Di tambah pula dengan RAM 16GB, membolehkan kerja multi-task anda sangat lancar.Ia juga sesuai untuk menjalankan kerja seperti dokumen dan kerja yang menggunakan banyak grafik. Seperti redering 3D grafik dan sebagainya.Grafik Nvdia GeForce GTX 960m terkenal dengan gaming-performance, dan anda boleh menikmati video 4k dan juga dapat melakukan kerja-kerja  3D rendering dan bermain game dengan quality yang ultra. Apa pendapat anda tentang  ZenBook Pro keluaran Asus ini? Dengan feature dan reka bentuk yang sangat menarik dan elegen tidak lupa juga dengan high performance yang di ketengahkan? Adakah ia sesuai dengan kemahuan dan cita rasa anda sebagai pengguna laptop?
0

Uncategorized

Tahukah anda semua bahawa Adobe telah mengumumkan ia akan memberhentikan Flash. Dengan kata lain Flash akan pergi buat selamanya. Adobe Flash banyak digunakan oleh web-based games, online video, dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini Flash sentiasa dikaitkan dengan masalah isu keselamatan.

 

AKAN BERAKHIR SUDAH RIWAYAT ADOBE FLASH

Walaupun sudah bertahun-tahun isu keselamatan Flash ini diperkatakan ia kekal hangat sehingga ke hari ini, Adobe akhirnya membuat keputusan untuk hentikan Flash. Terdapat banyak pihak dan syarikat teknologi yang mahukan Flash di singkirkan sama sekali, terlalu banyak untuk disebutkan.

Dan akhirnya, Adobe menyerah kepada tekanan yang dialami dan menyatakan akan menamatkan Flash buat selama-lamanya.

 

 

Dalam blog post, Adobe berjanji akan menghentikan update dan pengedaran Flash Player pada akhir tahun 2020 dan mengalakkan mereka yang menggunakan format Flash bertukar kepada alternatif yang lain.

Isu-isu keselamatan adalah sebab utama Flash akan diberhentikan. Tidak lama dahulu Steve Jobs berhujah bahawa Flash perlu dimatikan. Dan sekarang, Flash akan mengundur diri dari gegelung masalah ini, dan mungkin akan digantikan dengan kemunculan teknologi yang baru, seperti HTML5.

 

 

Apa pendapat anda tentang Adobe untuk hentikan Flash? Patutkah Adobe dari dulu lagi Flash di singkirkan? Sama-sama kita nantikan teknologi baru yang akan menggantikan Flash.

0

Uncategorized
Pernah atau tidak anda mengalami masalah BlueScreen? Kalau pernah mesti anda rasa stress, macam mana tak stress tengah buat kerja kejap-kejap BlueScreen. Ia datang tanpa beri apa-apa amaran dan berpotensi mengganggu produktiviti anda. Masalah ini sangat dikenali dikalangan pengguna Windows.BlueScreen (BSOD) adalah paparan error pada skrin monitor anda yang boleh berlaku kepada kebanyakkan OS Windows dan berpunca dari pelbagai sebab. Berlaku konflik dari perisian(software) atau pun perkakasan(hardware) yang boleh menyebabkan (BSOD).  Malangnya, sebab berlaku BlueScreen menjadi misteri sehingga anda sendiri atau technician dapat mengenal pasti dari mana punca ia berlaku dan memperbaiki masalah tersebut.IT techinician juga memerlukan masa berjam-jam untuk troubleshot masalah tersebut sekiranya tidak pasti dari mana punca ia berlaku. 
JENIS BLUESCREEN (BSOD)
Terdapat pelbagai jenis BlueScreen(BSOD), dan setiap daripada masalah itu memerlukan jalan penyelesaian yang berbeza-beza. Sama ada ia berpunca dari masalah driver, hardware ataupun operating system error. 
  • Driver konflik
Driver konflik berlaku apabila dua atau lebih driver ia itu software yang digunakan untuk mengawal hardware laptop atau komputer tidak berfungsi dengan baik.Ini juga boleh berlaku apabila beberapa driver yang di installs untuk peranti tertentu sebagai contoh wirelss driver dan tanpa anda unistall versi yang lama terlebih dahulu, ada kemungkinan akan menyebabkan driver konflik. 
  • Hardware konflik
Dengan tweak hardware laptop atau komputer juga boleh menyebabkan berlakunya BlueScreen(BSOD). Sebagai contoh, silap melakukan overclocking pada komputer boleh menyebabkan BlueScreen serta merta.Walau bagaimanapun, BlueScreen(BSOD) juga boleh berlaku sekiranya RAM anda tidak diletakkan dengan betul ataupun hardware dan motherboard yang bermasalah. 
  • Operating System (OS) error
Senjak dari dulu lagi masalah seperti ini berpunca dari kesilapan user itu sendiri ataupun berpunca dari malware yang mampu merosakkan fail-fail penting dari Operating System anda.Kehilangan fail yang penting boleh menyebabkan berlaku error, dan menyebabkan laptop atau pc anda anda sentiasa loop keluar BlueScreen(BSOD) di mana setiap kali anda on laptop atau pc. Walaupun hanya dengan beberapa sebab ini berlaku Bluescreen, ada sesetengah masalah memerlukan masa yang lama untuk di diagnos, bergantung pada punca yang menyebabkan ia berlaku.Dengan informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam diagnos masalah BlueScreen ini.
0

Uncategorized
 Sama seperti Apple, Microsoft telah memutuskan bahawa peranti(device) terkini tidak memerlukan nombor untuk menunjukkan versi. Versi kelima Microsoft Surface Pro tablet computer kini digelar Surface Pro sahaja dan tidak seperti versi sebelumnya yang di panggil Surface Pro 4.  Apa yang lebih mengelirukan adalah, setiap daripada model keluaran Microsoft Surface Pro mempunyai beberapa pilihan hardware dan harga yang berbeza.Terdapat tiga pilihan yang boleh anda dapati, iaitu 7th generation Intel Core M3, Core i5, dan Core i7. Jumlah memori pula 4 GB, 8 GB, dan 16GB, manakala untuk storage 128 GB, 256 GB dan 512 GB. 1 TB storage tersedia untuk model i7. Jadi mana satu model yang sesuai dengan anda? 
MICROSOFT SURFACE SPEC
 Dimensions11.5” x 7.9” x 0.33” (292 mm x 201 mm x 8.5 mm) DisplayScreen: 12.3” PixelSense™ DisplayResolution: 2736 x 1824 (267 PPI)Aspect Ratio: 3:2Touch: 10 point multi-touch Memory4GB, 8GB, or 16GB RAM ProcessorIntel® Core™ 7th-generation m3, i5, or i7 SecurityTPM chip for enterprise securityEnterprise-grade protection with Windows Hello face sign-in SoftwareWindows 10 ProOffice 30-day trial SensorsAmbient light sensorAccelerometerGyroscope Storage2Solid state drive (SSD) options: 128GB, 256GB, 512GB, or 1TB What’s in the boxSurface ProPower SupplyQuick Start GuideSafety and warranty documents Weight**m3: 1.69 lbs (768 g)i5: 1.70 lbs (770 g)i7: 1.73 lbs (784 g) Model number1796 Battery LifeUp to 13.5 hours of video playback1 GraphicsIntel® HD Graphics 615 (m3)Intel® HD Graphics 620 (i5)Intel® Iris™ Plus Graphics 640 (i7) Connections1 x Full-size USB 3.0microSDXC card readerSurface Connect3.5mm Headphone jackMini DisplayPortCover port Camera, video and audioWindows Hello face authentication camera (front-facing)5.0MP front-facing camera with 1080p Skype HD video8.0MP rear-facing autofocus camera with 1080p Full HD videoDual microphones1.6W Stereo speakers with Dolby® Audio™ Premium WirelessWi-Fi: IEEE 802.11 a/b/g/n/ac compatibleBluetooth Wireless 4.1 technology ExteriorSurface Pen*Surface Keyboard*Surface Mouse* Warranty1-year limited hardware warranty Best-in-class support30-day return policy90 days of free technical phone support12 months in-store support and technical assistance1 free training session and Surface device health check  
MENJADI LEBIH EFISIEN DENGAN MICROSOFT SURFACE PRO
Secara ringkas, ia berfungsi di mana sahaja. Ini disebabkan dengan mobile CPU yang baik, bateri yang efisien, dan juga keupayaan untuk menjalankan aplikasi. Surface Pro boleh dikatakan stesen kerja(workstation) mudah alih.Paparan skrin mungkin sedikit kecil, tetapi sudah cukup untuk melaksanakan tugasan anda. Anda juga boleh sambungkan ke monitor menggunakan  HDMI atau menggunakan wireless HDMI.Jika anda bekerja luar dari office and anda perlu menggunakan software Microsoft office, edit imej dan sound, menonton video online, edit video, Surface Pro adalah peranti yang patut anda pertimbangkan. Versi yang menggunakan spesifikasi tinggi mampu melakukan semua perkara. 
BETUL KE  BOLEH BERFUNGSI DIMANA-MANA YANG DIINGINKAN?
Ya boleh. Ini kerana Surface Pro sangat ringan dan slim, ia boleh disimpan dalam beg yang kecil. Sama ada anda seorang freelancer atau seorang yang berkerja di hadapan desktop setiap masa, Surface Pro adalah sangat convenient (mudah digunakan).Tapi kalau guna dekat dalam air rosak jadinyanya nanti (maksud boleh digunakan mana-mana sahaja tu macam dekat kedai minum ke taman permainan  ke sambil tengok anak sedang bermain dan lain-lain lagi) Nampak menarik dengan produk terbaru yang dikeluarkan oleh Microsoft. Jadi adakah Microsoft Surface Pro 2017 ini sesuai atau  memenuhi cita rasa anda sebagai pengguna? 
0

Uncategorized
Apple desktop merupakan perpustaan untuk kebanyakkan perisian kreatif seperti image editor, vector graphic suites, RAW photo processors, audio manipulation software, video editor. Dan sangat sesuai untuk dijadikan stesen kerja audio digital untuk membuat muzik. 
  • NANOSTUDIO
Nanosudio adalah aplikasi iOS percuma yang popular dibangunkan oleh Blip Interactive.  Menggunakan pendekatan MIDI dan sample-based approch bermakna ia tidak sesuai untuk merekod guitar dan vokal anda.Anda boleh memuatkan sample menggunakan sampler yang disertakan dan memadamkannya sekiranya tidak perlu. Tetapi anda perlu rekod ia luar dari nanostudio. Anda juga boleh download sample tersebut dari laman web Nanostudio. 
  • GARAGEBAND
Antara software percuma terbaik untuk music production. Ia mempunyai interface yang mesra pengguna, kaya dengan bunyi yang sedia ada di dalam library, dan mempunyai pelbagai jenis instrumen dan juga effect.  Merupakan aplikasi yang hebat untuk recording, arranging, dan composing music. Instrumen yang disertakan juga tidak kurang hebatnya, dan sample tersebut boleh didapati secara percuma dengan Apple Loops.Anda mungkin memerlukan sedikit masu untuk membiasakan diri dengan software ini. Termasuk dengan MIDI seperti vitual drummer , dan audio effect seperti amplifier gitar. 
  • LMMS
Merupakan software open source yang pada mulanya direka untuk Linux, disertakan dengan virtual instrumen, pelbagai sample, dan juga sokongan plugin  LMMS atau dikenali sebagai Linux MultiMedia Studio. Sekarang boleh didapati di Windows dan MacOS.LMMS tidak seperti GarageBand yang recording-friendly, sebaliknya hebat dalam membuat melodi dan juga beats menggunakan piano roll dan step sequencer. Anda boleh import recorded sample, dan juga mempunyai pelbagai instrument virtual yang menarik. 
  • TRACKTION T5
Merupakan software audio digital yang mempunyai feature editing dan recording yang lengkap.  Tracktion 5 juga menggunakan MIDI dan juga trek audio, lengkap dengan set recording dan editing feature, mempunyai keupayaan untuk mix dan share projek anda.Anda juga boleh upgrade software ini ke berbayar yang mempunyai pelbagai lagi feature yang menarik yang tidak ada pada versi percuma. 
  • AUDACITY
Audacity merupakan software audio digital yang boleh pertimbangkan sekiranya anda mahu membuat muzik. Percuma dengan audio editor dan manipulator, interface mungkin nampak tidak menarik tetapi ia mempunyai tools secukupnya untuk menyunting dan mengubah audio.  Aplikasi ini mempunyai pelbagai effect seperti equalizers, reverb, echo, distortion, chorus, dan banyak lagi. Ia juga disertakan dengan sokongan multitrack untuk mengendalikan banyak wave file sekali gus.Anda boleh mencuba dahulu software berikut dan yang mana menjadi pilihan anda?
0

Uncategorized
Sekiranya anda menjaga komputer atau laptop anda dengan betul, ia akan sentiasa pantas dan responsif selama bertahun-tahun. Tetapi jika anda mengabaikan penjagaannya, ia akan menjadi teruk sehingga memyebabkan anda stress. Jadi dari mana patut anda bermula? Dengan empat aplikasi di bawah. Software ini sangat berkesan dengan apa yang ia lakukan, dan tidak memerlukan apa-apa kos untuk software tersebut. Jadi apa tunggu lagi, anda perlu segera untuk install aplikasi tersebut. 
  • CCLEANER (FILE CLEANING & OPTIMIZATION)
Semasa anda menggunakan komputer atau laptop, terdapat beberapa fail tertentu yang anda mahu padamkan tidak kira masa. Ini termasuk browser caches, temporary installer files, system log files dan sebagainya.  CCleaner  mempunyai dua bahagian untuk bersihkan fail. Satu untuk Windows dan lagi satu untuk aplikasi third party. Semak kedua-dua bahagian tersebut dan check atau uncheck file yang mahu anda clean atau tidak dan klik Run Cleaner.CCleaner juga mempunyai ciri untuk registry cleaner, ia boleh memberikan kesan dan positif dan juga negatif jadi elakkan dari klik registry cleaner sekiranya anda tidak pasti. 
  • MALWAREBYTES (MALWARE SCANNING & REMOVAL)
Malware sentiasa menjadi masalah besar bagi pengguna komputer dan laptop. Ia boleh menyebabkan kan operating system anda menjadi lembab. Dan yang paling teruk adalah komputer atau laptop anda dikawal oleh hackers, data anda akan di kunci dan dijadikan tebusan, atau maklumat anda di curi.  Malwarebytes adalah aplikasi antimalware yang terbaik yang boleh anda dapati secara percuma. Database infection dikemas kini setiap hari supaya ia berjaya mengesan dan membuang virus terbaru, worm, spyware dan banyak lagi.Versi percuma software ini sudah memadai anda hanya menggunakan imbasan secara manual. 
  • GEEK UNINSTALLER (COMPLETE APPS INSTALLATION)
Tahukah anda bahawa unistalling aplikasi dari windows biasanya akan meninggalkan jejak atau kesan aplikasi tersebut yang masih ada dalam sistem anda? Ia boleh menyebabkan pembaziran space hard drive dan boleh juga mempengaruhi prestasi sistem anda.  Geek Unistaller mudah untuk digunakan. Bila anda mahu uninstall aplikasi, ia akan mengimbas sistem anda untuk mencari sebaran fail yang berkaitan dengan aplikasi tersebut dan buang dari sistem anda. 
  • SPECCY (IN DEPT SYSTEM INFORMATION)
Adakah anda tahu spesifikasi yang tepat untuk CPU, GPU, RAM, storage, motherboard dan lain-lain komponen dalam komputer atau laptop anda. Jika ia kemungkinan untuk anda ingat sebulan dari sekarang? atau setahun? Tetapi ada segelintir dari anda akan ingat walaupun dah lama.  Software Speecy memberitahu anda semua yang penting yang perlu anda ketahui tentang komputer atau laptop anda dengan pantas. Dengan imbasan yang mendalam, maklumat seperti CPU, RAM, GPU akan terpapar. Aplikasi ini amat berguna untuk anda memantau komputer atau laptop anda.  Berapa aplikasi di atas yang anda gunakan?  Ada banyak lagi aplikasi percuma seperti ini di luar sana. Apa tunggu lagi install aplikasi ini mudahan dapat membantu anda dalam memantau komputer dan laptop anda.
0

Uncategorized
Flowchart bukan sahaja untuk engineer, programmers, dan managers. Sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat daripada belajar menggunakan flowcharts Terutamanya sebagai cara untuk menyelaraskas kerja. Apa itu flowcharts?Flowchart adalah sejenis diagram yang mewakili algoritma, workflow atau proses. Diagram tersebut mengambarkan model penyelesaian kepada masalah tertentu. Flowchart digunakan untuk menganalisis, design,  documenting atau menguruskan proses dan program dalam perlbagai bidang. Apakah cara yang terbaik untuk membuat flowcharts?Terdapat banyak aplikasi flowcharts yang terbaik diluar sana, tetapi kebanyakkannya adalah aplikasi berbayar seperti Microsoft Visio, Office 365 dan sebagainya.Ada banyak pilihan percuma yang boleh anda dapati diluar sana, terutamanya untuk kegunaan non-business. Anda boleh belajar untuk membuat flowcharts yang menakjubkan di Microsost Word atau Office ataupun menggunakan salah satu aplikasi percuma ini untuk Windows. 
DIA
Dia adalah aplikasi percuma lengkap dengan feature untuk membuat flowcharts. Ia merupakan open source, dan sangat mudah untuk digunakan.Sekiranya anda mencari alternatif percuma yang terbaik untuk Microsoft Visio, Dia adalah salah satu daripadanya.
  • interface yang user friendly
  • Pelbagai bentuk diagram
  • Boleh add custom shape
  • Diagram bewarna
 
YED GRAPH EDITOR
Mempunyai tool yang menarik dan up-to-date untuk flowcharts, diagram, network graphs dan banyak lagi. Anda boleh download aplikasi ini tetapi ia memerlukan Java di dilam sistem anda dan sangat versatile.
  • Auto arrange flowcharts
  • Export option, untuk format PNG, JPG, SVG, dan PDF
 
LIBREOFFICE DRAW
LibreOffice boleh dikatakan alternatif terbaik untuk Microsoft Office untuk word, spreadsheets, presentations dan visual diagram. Dengan LibreOffice Draw, anda boleh add shapes, symbols, line, connection, text, images, dan banyak lagi.
  • Boleh buka file format Microsoft Visio (tetapi tidak boleh save dalam format Microsoft Visio)
  • Boleh custom saiz page, sesuai untuk semua jenis diagram
  • Mudah untuk digunakan (user friendly)
 
DIAGRAM DESIGNER
Diagram Designer agak primitif, dan interface nampak kurang kemas jika nak dibandingkan dengan software Microsoft. Sesuai untuk windows 10, mampu membuat flowchart yang nampak kemas.
  • Mudah untuk digunakan (user friendly)
  • Hanya perlu drag diagram ke dalam
  • Boleh import dan export format PNG, JPG, GIF, dan banyak lagi
 
THINKCOMPOSER
ThinkComposer adalah aplikasi yang sesuai untuk mereka yang professional. Sebagai tambahan selain dari flowcharts, ia boleh mengendalikan business models, class diagram, timelines, case diagram dan banyak lagi.Ia merupakan pilihan yang bijak untuk mereka yang setiap hari membuat kerja menggunakan flowcharts.
  • Open source dan mempunyai plugin
  • Boleh menggabungkan pelbagai graf dan diagram
  • Mudah digunakan (user friendly)
  • visual diagram yang lebih kemas dan professional
 Jenis flowcharts atau diagram macam mana yang selalu anda buat? Antara aplikasi di atas yang mana sesuai dengan anda?
0

Uncategorized
Portable app adalah versi (lite) untuk perisian tersebut yang saiz program lebih kecil dan ringan.  Selain menawarkan lebih banyak fleksibiliti dan juga security semasa anda menggunakan public komputer (seperti komputer di makmal atau perpustakaan).Satu lagi kelebihan portable apps ini dapat mengurangkan bilangan aplikasi yang anda install dan juga menjimatkan space komputer dan laptop. Tetapi portable apps mana yang terbaik? Terdapat begitu banyak portable apps di luar sana untuk dipilih. 
AUDIO & VIDEO PLAYER
 
  • VLC PLAYER
VLC Player sangat popular kerana kemampuannya untuk mengendalikan hampir semua format fail video yang anda buka dengan menggunakan VLC. Ia memainkan DVD, video streaming, dan music. 
  • MPLAYER
Media player ini terkenal kerana developer yang sentiasa aktif untuk mengembangkan lagi feature apps ini dimana anda boleh mempunyai dua sari kata pada skrin pada masa yang sama, bersebelahan.Ini adalah baik untuk mereka yang mahu belajar bahasa negara lain, sebagai contoh sarikata ibunda disebelah kiri dan sarikata bahasa lain disebelah kanan skrin. 
  • AIMP
AIMP adalah aplikasi yang menarik, yang meyokong pelbagai jenis file format, mempunyai pelbagai playlist, audio converting, sorting tags, mudah dan user friendly interface dan ia juga ada fungsi sebagai jam penggera (alarm clock). 
  • FOOTBAR2000
Antara media player yang bagus, mempunyai skins yang berbeza, playlist, dan mempunyai keupayaan untuk memainkan audio. Ia menyokong pelbagai jenis format, dan anda boleh customize keyboard shortcut. 
AUDIO EDITOR & EXTRACTOR
 
  • AUDACITY
Jika mengedit audio adalah perkara yang anda selalu buat, jadi Audacity harus ada dalam senarai anda. Senang untuk cut, copy, splice dan mix audio, record live files, tukar speed dan pitch recording, import/export file format. Anda juga boleh buat ringtone untuk smartphone anda dengan menggunakan aplikasi ini. 
COMMUNICATION
 
  • SKYPE
Aplikasi instant messaging dan video call. Sekarang skype diintegrasikan ke dalam Xbox, dan semua akaun Windows Live Messenger boleh di akses dari skype interface.Buat panggilan percuma ke pengguna skype lain, caj bayaran murah untuk panggilan ke landline dan telefon bimbit, anda juga boleh menghantar SMS tetapi memerlukan kredit. Ini adalah beberapa software portable apps yang menarik mengikut pendapat saya. Terdapat banyak lagi software portable apps yang menarik di luar sana yang mungkin ada di antara anda yang menggunakannya.
0

PREVIOUS POSTSPage 1 of 7NO NEW POSTS