Cara Mudah Untuk Membersihkan Laptop, Tablet Dan Telefon Pintar Anda.

Share on facebook
Share

Adakah anda akan bersihkan tangan anda terlebih dahulu selepas anda sentuh muka anda, atau selepas anda menggaru hidung anda? Sesetengah orang tak sedar mereka lakukan perkara sedemikian, dan menyebabkan mereka tidak membersihkan tangan sebelum menggunakan laptop ataupun telefon pintar. Cuba anda bayangkan apa yang akan jadi, selepas anda sentuh mulut anda dan terus menggunakan laptop ataupun telefon pintar anda. Bakteria akan melekat pada peralatan elektronik anda.

Peralatan elektronik kini sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita, terutamanya pada masa sekarang, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Oleh itu, wajib untuk kita sebagai pengguna, tahu caranya untuk membersihkan laptop, telefon pintar, tablet dan pelbagai lagi.

Apa yang anda perlukan?

  1. 2 kain jenis microfiber, 1 untuk penggunaan lembab, dan 1 lagi untuk yang kering.
  2. Air suam, yang ditambahkan setitik sabun.
  3. Putik kapas (Cotton swab/buds).
  4. 1 tin compressed air atau vacuum.

Cara untuk membersihkan skrin komputer dan laptop anda

Mungkin anda tidak pernah sentuh skrin, tapi skrin anda boleh dipenuhi habuk, yang menyebabkan pemandangan anda kurang enak.

  1. Untuk mengelakkan sebarang kerosakan yang lebih teruk, matikan dahulu peralatan elektronik anda.
  2. Lap dengan menggunakan kain microfiber yang kering.
  3. Jika tidak berkesan, celup sebahagian daripada kain di dalam air sabun yang telah disediakan. Perah jika terlalu basah, anda hanya perlukan kain itu lembab sahaja.
  4. Lap skrin anda dengan kain lembab yang disediakan tadi.
  5. Lap sekali lagi dengan kain yang kering tadi.

Cara untuk membersihkan touchscreen.

Untuk lebih elok, anda perlu mencucinya setiap hari oleh kerana anda menggunakannya setiap hari.

  1. Tutup skrin, jadi bila anda sedang lap, ia tak tersentuh secara automatik.
  2. Gunakan kain microfiber yang kering dan lap touchscreen anda.
  3. Untuk cara yang lebih efektif, boleh gunakan kain yang lembab, tetapi pastikan ia tak terlalu basah, anda takkan mahu air masuk kedalam peralatan anda.
  4. Setelah itu, lap dengan kain yang kering.

Cara untuk membersihkan keyboard komputer dan laptop anda

Ianya sudah menjadi kebiasaan untuk kita makan berdekatan dengan laptop, yang boleh menyebabkan sisa makanan masuk kecelah-celah keyboard.

  1. Untuk mengelakkan sebarang kerosakan yang lebih teruk, matikan dahulu peralatan elektronik anda.
  2. Terbalikkan keyboard anda dan tepuk pada bahagian belakang.
  3. Gunakan compressed air atau vacuum untuk membuang sisa-sisa yang degil.
  4. Gunakan putik kapas, dan celupkan dalam air sabun yang telah disediakan. Pastikan ia lembab sahaja, tidak basah sepenuhnya
  5. Cuci pada celah-celah keyboard.
  6. Lap dengan kain microfiber yang kering.

Cara untuk menyahkuman telefon dan tablet

Anda mungkin pernah dengar, skrin laptop anda mengandungi lebih banyak bakteria berbanding toilet. Dan itu adalah benar.

  1. Tanggalkan casing telefon atau tablet anda.
  2. Lembabkan kain dengan air sabun yang kita sediakan, jika terlalu basah, perah sedikit.
  3. Laptop telefon anda dengan kain tersebut, elakkan terkena charger port, earphone jack.
  4. Keringkan dengan kain microfiber yang kering.

Casing tablet dan telefon bimbit anda juga perlu dibersihkan.

  1. Letak air suam di dalam mangkuk dan tambahkan sabun.
  2. Ambil kain dan celupkan didalam air sabun, dan lap casing anda sehingga bersih.
  3. Ulang sehingga betul-betul bersih.
  4. Lap dengan kain yang kering, atau biarkan ia kering.
  5. Pastikan casing betul-betul kering, sebelum anda pasang pada telefon atau tablet anda.

Video Cara Mudah Untuk Membersihkan Laptop, Tablet dan Telefon Pintar Anda

Share on facebook
Share

Urgent nak repair laptop? Isi form di bawah. Cik Ain akan whatsapp anda dalam masa terdekat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top