Uncategorized

Bengang Sebab Laptop Anda Slow? Baca SINI Kalau Nak Tahu Sebab Apa.

Windows atau operating system merupakan komponen yang penting. Perkara yang membuat kan semua orang bengang ialah masa anda nak menggunakan laptop untuk buat kerja , masa itu lah masalah datang.Laptop slow, nak masuk desktop pun lembab macam siput.Laptop yang slow boleh menyebabkan macam-macam masalah yang timbul. Antaranya masa tengah menggunakan laptop tiba-tiba `hang’ atau `freeze’  langsung tidak bergerak nak tekan apa-apa pun tidak boleh. Anda terpaksa tutup laptop dengan menekan butang off.So, dalam artikel ni, saya akan kongsikan 8 sebab kenapa laptop boleh jadi slow.

1. Hard disk
Hard disk laptop bermasalah adalah salah satu punca laptop tersebut slow.Sebab apa?Kemungkinan data-data windows dah corrupt, fail dan dokumen penting boleh hilang kalau hard disk rosak. Hard disk kalau nak ada masalah kita tak boleh jangka. Sekiranya hard disk rosak anda perlu tukar baru dan install windows baru dalam tu.
2. Browser add-on
Banyak sangat Browser add-ons tak elok sebenarnya. Sebab ada sebahagian add-ons boleh memudaratkan performance laptop, tapi bukan semua.Apa yang anda boleh lakukan delete add-on yang tidak berguna dari browser anda. Download aplikasi untuk laptop anda dari website yang dipercayai. Baca agreement sebelum download atau sebelum install aplikasi.
3. Buka banyak aplikasi dalam satu masa
Buka terlalu banyak aplikasi dalam satu masa boleh membuat laptop anda lambat. Contohnya buka photoshop, youtube, game dalam masa yang sama.Keupayaan laptop untuk buat kerja multitasking bergantung pada size RAM. Kalau RAM laptop anda rendah, elakkan dari buka terlalu banyak aplikasi serentak.
4. Buka terlalu banyak tabs browser
Suka buka tabs browser dengan banyak pun tidak elok sebenarnya. Kerana setiap tabs yang dibuka akan ‘memakan’ kuasa pemprosesan dari processor dan juga RAM.Sebab itu saya ada terangkan untuk kerja-kerja multitask perlu lebih RAM. Padam open tabs yang tidak digunakan untung mengurangkan ‘stress’ laptop anda.
5. Guna Programs yang memerlukan specifikasi laptop yang tinggi
Menggunaka aplikasi yang memerlukan requirement yang tinggi tapi laptop anda tidak mampu untuk menyokong supaya aplikasi tersebut dapat berjalan dengan lancar tanpa ada masalah.Jangan menggunakan perisian ataupun program diluar kemampuan laptop.
6. Virus
Virus, spyware, dan malware ni boleh slow down kan laptop dan mengurangkan performance.Kacau windows registry, keluar iklan pop-up time tengah surf internet dan paling bahaya kalau data peribadi kene hijack. Macam-macam boleh jadi.Apa yang patut anda lakukan install aplikasi antivirus, scan setiap pendrive yang dicucuk ke usb port laptop.
7. Startup program
Startup programs merupakan programs yang berjalan secara automatik apabila operating system berjalan ( windows ).Masalahnya banyak programs, virus, hijacker, spyware, dan malware telah di set untuk bermula secara automatik bila windows bermula.Disebabkan ini laptop anda startup dengan perlahan bergantung berapa banyak aplikasi startup.
8. RAM
RAM juga memainkan peranan penting, kerana kebanyakan aplikasi sekarang memerlukan RAM yang besar supaya aplikasi tersebut dapat berfungsi dengan baik.Contoh aplikasi, photoshop, video dan muzik editing, 3D animasi dan lain-lain. Sebab itu anda perlu baca requirement aplikasi tersebut supaya masalah macam ini tidak terjadi pada anda.Ringkasnya, kenapa laptop anda boleh jadi slow berpunca dari masalah teknikal atau dari pengguna itu sendiri. Harap artikel ini dapat membantu anda sedikit berkenaan masalah ini.P/S: Jangan lupa untuk SHARE ilmu ini dengan kawan-kawan yang lain.