Uncategorized

Baru Beli Laptop Baru (Windows 10)? Tips Ini Untuk Anda.

Setelah kita membeli laptop baru, kita keluarkannya daripada kotak, ikut basic configuration Windows, dan kemudian, kita sudah selesai, kan? Tidak. Sebenarnya ada beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan untuk menjadikan laptop kita sedia untuk digunakan.

TIPS 1: KEMAS KINI WINDOWS
Laptop kita perlu dikemas kini agar kita mendapat kepuasan terhadap prestasi laptop.
  1. Taip updates pada kotak carian.
  2. Tekan pada Check for updates.
  3. Windows akan mencari kemas kini yang boleh didapati dan akan terus memuat turun. Kemudian, ia akan memasang secara automatik. Kita boleh teruskan dengan tips seterusnya.
TIPS 2: MELARASKAN DISPLAY SCALING
Laptop-laptop pada masa kini didatangkan dengan resolusi yang tinggi seperti 1920×1080 (1080p) dimana paparannya terang dan berwarna warni. Ia juga boleh menyebabkan ikon dan teks kelihatan agak kecil. Display scaling adalah alat yang kita boleh gunakan untuk membesarkan saiz-saiz ikon dan juga teks.
  1. Right-click pada desktop dan pilih Display Settings.
  2. Gerakkan slider dibawah Change the size of text, apps, and other items ke kiri atau ke kanan. Ke kiri, ia mengurangkan saiz objek menjadikan ia kecil, manakala ke kanan pula membesarkan semuanya.
  3. Boot semula laptop anda atau anda hanya boleh log keluar dan log masuk semula.
TIPS 3: TUNJUKKAN JENIS FAIL DAN FAIL-FAIL TERSEMBUNYI
Pada asalnya, Windows 10 menyembunyikan jenis fail (sebagai contoh, *.exe, *.jpg dan sebagainya) dan menyembunyikan fail-fail sistem. Tetapi, ia adalah penting kerana dengan dapat melihat jenis fail, kita boleh mengenali dan tahu fail jenis apa yang kita sedang lihat pada skrin.
  1. Buka File Explorer. Anda boleh mengakses ia dengan menekan fail kuning pada taskbar.
  2. Tekan tab View pada bahagian atas.
  3. Tandakan pada File name extensions dan juga Hidden items. Anda perlu menekan tab View lagi sekali untuk menyelesaikan proses.
TIPS 4: DOWNLOAD PELAYAR WEB PILIHAN
Microsoft Edge merupakan pengganti Microsoft Internet Explorer yang didatangkan pada Windows 10. Tetapi jika anda sudah biasa menggunakan pelayar web lain seperti Chrome atau Firefox, sudah pasti anda akan menukar pelayar web.
  1. Memuat turun pelayar web yang disukai.
  2. Tekan Start button dan tekan pada ikon berbentuk gear untuk pergi ke Settings.
  3. Tekan pada System.
  4. Tekan pada Default apps pada belah kiri skrin.
  5. Klik pada ikon Web browser dan tukarkan ia kepada pelayar web pilihan.
TIPS 5: BUANG APLIKASI-APLIKASI BLOATWARE
Blotware merupakan aplikasi-aplikasi yang didatangkan pada laptop. Ia disertakan pada laptop oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkan laptop.Di antara jenis-jenis bloatware adalah Candy Crush, dan juga Anti-Virus percubaan yang hanya boleh digunakan selama 30 hari.
  1. Pergi ke Settings melalui butang Start.
  2. Tekan pada System.
  3. Tekan pada Apps & features pada menu sebelah kiri.
  4. Pilih aplikasi yang anda mahu buang.
  5. Tekan butang Uninstall dan tekan lagi sekali pada Uninstall untuk membuang fail-fail yang berkaitan dengan aplikasi tersebut.
Di antara beberapa perkara yang anda boleh lakukan juga adalah personalized laptop dengan menukar gambar latar belakang dan juga tema pada laptop anda.Share dengan rakan-rakan anda kalau anda rasa artikel ini bermanfaat.