Good Contents Are Everywhere, But Here, We Deliver The Best of The Best.Please Hold on!
Data is Loading...
Your address will show here +12 34 56 78
  Spesifikasi
  • Intel Celeron N3060 processor
  • Intel HD Graphics
  • 2GB memory
  • 32GB eMMC storage
  • 11.6 inch screen with HD display
  • 802.11ac wifi with Bluetooth 4.0
  Rekabentuk Dell Inspiron 11 3000 hadir dalam 3 jenis warna, merah, putih dan juga biru. Penutup laptop ini diperbuat daripada plastik berkilap dan ianya agak menarik perhatian.   Skrin dan Bunyi Skrin Inspiron 11 ini boleh dikatakan memuaskan tetapi ia kurang sesuai untuk entertainment, kerana warnanya agak lusuh dan skrinnya tidak begitu cerah. Kualiti audionya merupakan sesuatu yang mengejutkan. Ia mampu memenuhi ruang bilik yang besar tanpa kehilangan pada kualiti audio.   Keyboard dan Touchpad Keyboard pada Inspiron 11 ini tidaklah begitu sempurna, meskipun begitu, ia masih lagi memberikan rasa yang selesa ketika menaip. Touchpad Inspiron 11 ini cukup tepat ketika digunakan. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.   Prestasi dengan ketahanan bateri selama 13 jam, ia cukup untuk menjadikan laptop ini sesuai untuk para pelajar dan juga pekerja. Meskipun skrinnya tidak begitu cantik, ia mempunyai feature yang menyebabkan laptop ini berbaloi, antaranya adalah keyboard yang selesa, kualiti audio yang baik dan juga design yang menarik.
0

  Intel dan AMD telah mengumumkan kerjasama diantara mereka untuk mencipta dan menggabungkan processor Intel dan juga graphic chipset daripada AMD iaitu Radeon, di mana tujuannya adalah untuk menghasilkan laptop yang boleh digunakan untuk main game-game yang berat.   Chip ini merupakan sesuatu yang baru di dalam arena komputer ini, dengan menggunakan High Bandwidth Memory 2 (HBD) yang menggantikan graphic RAM dan juga Embedded Multi-Die Interconnect (EMIB), ia menghubungkan graphic chipset dan juga HBD tersebut terus kepada processor dan menghasilkan sebuah laptop yang kecil, ringan tetapi cukup berkuasa untuk sebarang tugasan.     Sumber: Amanz.my
0

  Spesifikasi
  • Intel COre i5-7300HQ processor
  • Nvidia GeForce GTX 1050 4GB GDDR5
  • 4GB memory
  • 1TB 5400 RPM SATA HDD
  • 15.6 inches screen with Full HD display (Anti-Glare)
  • 802.11ac with Bluetooth 4.2
  Rekabentuk Inspiron 15 7000 ini didatangkan dengan penutup yang berwarna merah, menjadikannya salah satu laptop yang unik dalam siri Inspiron. Pada bahagian dalamnya pula ia terdiri daripada warna kelabu gelap yang menaikkan lagi warna merah. Ia juga boleh didapati dengan pilihan warna Matte Black.   Skrin dan Bunyi Dell Inspiron 15 ini mempunyai skrin yang cukup kemas tetapi warnanya tidak begitu ceria. Meskipun begitu, skrin full HD ini masih lagi cukup memuaskan untuk tontonan video dan juga bermain game. Speaker Inspiron 15 ini cukup kuat untuk memnuhi ruang bilik bersaiz sederhana, dan ia boleh diubah suai melalui software Waves MaxxAudio Pro.   Keyboard dan Touchpad Keyboard Inspiron 15 ini sesuatu yang mengagumkan. Ketika digunakan, spring pada bawah butang boleh sirasai dan ia kembali posisi asal dengan cepat, dan ia memberikan rasa yang selesa. Toouchpadnya pula luas dan ia mempunyai tekstur yang smooth dan ia mempunyai respos klik yang sempurna.   Prestasi Dengan adanya i5 daripada generasi ke-7, dan juga GTX 1050 ia memberikan laptop ini performance yang mengagumkan, tanpa perlu menghabiskan duit yang banyak, gamer boleh menggunakan chip baru siri Pascal 10. Ketahanan baterinya juga mengagumkan, dengan 11 jam boleh bertahan atas penggunaan web browsing melalui wifi.
0

  Web Browser ini adalah sebuah software yang digunakan untuk mendapatkan, memberikan, atau menukarkan information pada Internet. Ia dikenali melalui URL yang mungkin menjadi sebuah website, gambar, video, dan sebagainya. Buat masa sekarang, terdapat beberapa pilihan browser untuk Windows 10 iaitu Edge, Chrome dan juga Firefox. Edge merupakan Internet Explorer, browser daripada Microsoft, yang telah diubahsuai dengan lebih laju, dan juga integrasi Cortana.   Perbandingan diantara browser-browser Windows 10 Microsoft Edge
  • Berbanding browser lain, Edge load dengan lebih laju pada webiste yang mempunyai media yang berat seperti ESPN.com dan juga Tomsguide.com.
  Mozilla Firefox
  • Firefox pula terbaik kerana kebolehan untuk diubahsuai dan juga ia mempunyai fungsi sharing yang mudah.
  Google Chrome
  • Dengan pelbagai jenis extension yang boleh dipasang pada Chrome untuk menambahkan fungsi-fungsi seperti Ad-Block dan juga Currency Converter.
  • Chrome mendahului browser lain dengan 526 daripada 555 komponen untuk HTML5, berbanding Firefox yang mempunyai 467 dan Edge yang mempunyai 402.
  Jadi, yang manakah browser pilihan anda?
0

Spesifikasi
  • Intel Core i7-7820HQ processor
  • Intel HD Graphics
  • 8GB memory
  • 128GB NVMe PCIe SSD
  • 123 inches touch screen with 2400 x 1600 resolution
  • 80211a/b/g/n/ac 2×2 MIMO dual-band (2.4GHz, 5.0GHz) with Bluetooth 4.2
  Rekabentuk Google Pixelbook ini merupakan sebuah laptop yang cukup nipis, dan ia mempunyai rangka diperbuat daripada aluminium sepenuhnya, dan ia mempunyai getah pada bahagian palm-rest yang memeberikan keselesaan ketika menaip.   Skrin dan Bunyi Skrin bersaiz 12.3 inci ini dilindungi dengan Gorilla Glass yang tahan calar, dan ia juga mempunyai touch screen yang membolehkan pengguna turut menggunakan Google Pixelbook Pen, yang boleh digunakan untuk melukis dan menulis. Skrinnya juga sangat terang dan boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Kualiti audionya pula cukup mengagumkan dengan adanya speaker pada bahagian bawah keyboard. Speakernya juga cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana.   Keyboard dan Touchpad Keyboardnya memberikan rasa yang sama seakan-akan MacBook Air, tetapi dengan lebih respons yang memberikan rasa yang lebih selesa. Touchpadnya cukup memuaskan dengan setiap click tanpa sebarang masalah.   Prestasi Google Pixelbook ini merupakan sebuah laptop yang sangat berkuasa, dengan adanya processor i7, SSD sebanyak 128GB, dan 8GB RAM, ia boleh menampung pelbagai jenis tugasan kerja tanpa masalah, ia juga boleh digunakan untuk bermain game-game yang ringan.
0

  Narrator merupakan salah satu feature yang sudah berada pada Windows sejak Windows 7 lagi, ia berfungsi untuk membaca segala text yang ada pada skrin untuk memudahkan pengguna ataupun untuk mereka yang tidak tahu membaca. Untuk pengguna biasa, sesetengah orang anggap benda ini agak menyemakkan, kerana mereka boleh baca dengan lebih pantas dan mereka tidak mahu mendengar apa-apa daripada Narrator ini.   Langkah-langkahnya
  1. Pergi ke Start, dan kemudian Settings.
  2. Pilih Ease of Access, dan kemudiannya pilih Narrator.
  3. Tukarkan setting Narrator daripada On kepada Off.
0

Spesifikasi
  • Intel Celeron N3350 processor
  • Intel HD Graphics 500
  • 4GB memory
  • 64GB eMMC
  • 13.1 inches screen with HD display
  • 802.11ac wifi with Bluetooth 4.0
  Rekabentuk Meskipun Lenovo IdeaPad 120S ini murah, tetapi rupanya tidak mengatakan begitu, dengan chassis berwarna kelabu seolah-olah ia diperbuat daripada aluminium. Tetapi pada bahagian deck keyboardnya ia boleh melentur ketika digunakan.   Skrin dan Bunyi Skrin IdeaPad 120S ini bersaiz 13.1 inci, ia memberikan resolusi 1366 x 768 iaitu HD. Warnanya cukup-cukup terang, dan detail pada skrinnya agak kurang. IdeaPad 120S ini didatangkan dengan dua speaker yang terletak pada bahagian bawah laptop yang memberikan bunyi yang cukup kuat. Tetapi, bunyi yang terhasil, kurang tepat.   Keyboard dan Touchpad Keyboard IdeaPad 120S ini pendek dan ia memerlukan tenaga sebanyak 69-gram untuk menekan butang dengan sepenuhnya. Touchpadnya pula cukup smooth dan ia agak licin. Swipe, click dan multi-gestures, boleh digunakan tanpa sebarang masalah.   Prestasi Dengan 8-tab terbuka pada Chrome, termasuk streaming pada YouTube, Twitch dan Netflix, tiada langusung masalah lag ataupun delay, menandakan laptop ini cukup berkuasa untuk menampung multi-tasking. Bateri IdeaPad 120S ini juga boleh bertahan selama 7 jam untuk penggunaan web browsing dan juga wifi connection.
0

Tablet mode pada Windows 10 memberikan para pengguna laptop 2-in-1 rasa yang lebih selesa untuk menggunakan touch screen. Jika anda lebih menggunakan dalam mode desktop ataupun normal, lebih baik anda kekalkan dengan tidak menukar kepada tablet mode secara automatik.  
  1. Tekan Settings pada Start Menu.
  2. Pilih System.
  3. Pilih Tablet Mode pada bahagian kiri, dan kemudian menu Tablet Mode akan keluar.
  4. Tukarkan kepada On ataupun Off, untuk enable dan disable Tablet Mode.
  5. Pilih antara 3 pilihan yang anda mahukan.
0

  Spesifikasi
  • Intel Celeron N3060 processor
  • Intel HD Graphics 400 GPU
  • 4GB memory
  • 32GB eMMC storage
  • 11.6 inches screen with HD display
  • 802.11ac with Bluetooth 4.0
  Rekabentuk Rekaan seakan-akan mainan ini memberikan rasa suka dan benci pada masa yang sama. dengan pilihan warna antara biru ataupun ungu, ia menjadikan laptop ini cukup sesuai untuk kanak-kanak ataupun para student yang ingin laptop yang kecil dan ringan.   Skrin dan Bunyi Kualiti skrin agak rendah pada Stream 11 ini, dengan skrin HD (1366 x 768 resolusi), warnanya seperti lusuh, dan kelihatan kurang menarik. Tetapi skrin ini dikira sebagai normal untuk laptop pada harganya. Tetapi kualiti audio pada Stream 11 ini cukup menakjubkan, ia boleh memenuhi bilik bersaiz sederhana dengan kekuatan audionya. Speakernya berada pada bahagian bawah laptop yang membantu melantunkan bunyi untuk menambahkan kekuatan bunyi.   Keyboard dan Touchpad Stream 11 mempunyai keyboard bersaiz penuh dan butang-butangnya cukup besar untuk menaip, ia juga memberikan rasa clicky yang menjadikan proses menaip rasa lebih menyeronokkan. Touchpadnya juga selesa untuk digunakan, dan ia menyokong swipe, click dan juga multi-gestures.   Prestasi Dengan Intel Celeron N3060, Intel Graphics 400, 4GB RAM dan 32 eMMC storage, ia memberikan laptop ini performance yang cukup laju dan pantas. Tetapi jika anda ingin melakukan multi-tasking, ia boleh mejadi perlahan dan sedikit lag. Baterinya boleh bertahan selama 8 jam apabila penuh untuk kegunaan web browsing dan wifi connection. Dengan kekurangannya hanya pada skrin, laptop ini sudah dikira sebagai peranti yang cukup baik dengan adanya spesifikasi yang ada pada laptop ini.
0

  Di antara faktor pengguna memilih laptop atas dasar protability ataupun mudah alih, jadi keyboard merupakan salah satu aspek yang menjadikan laptop ini mudah alih. Tanpa keyboard, agak sukar untuk menggunakan laptop, tidak seperti smartphone, yang mempunyai keyboard pada skrin. Keyboard sangat sensitif terhadap sebarang jenis cecair, dan juga keganasan fizikal   Bagaimana keyboard boleh rosak?
  • Tertumpah air.
  • Kerap menekan dengan kuat ataupun spam.
  • Terlalu banyak habuk.
  Tanda-tanda keyboard dah rosak
  • Butang tercabut.
  • Bila tekan, tak keluar apa-apa.
  • Butang tersangkut.
  • Bunyi beep yang kuat dan panjang ketika Starting Windows.
  • Tekan satu butang, dua butang yang respond.
  Jadi, dengan keyboard rosak, apa yang kita boleh buat? Oleh kerana keyboard ini didatangkan dengan satu papan, ia perlu digantikan dengan keyboard yang baru kerana masih lagi tiada teknologi untuk menggantikan satu butang sahaja.
0

PREVIOUS POSTSPage 3 of 26NEXT POSTS