Good Contents Are Everywhere, But Here, We Deliver The Best of The Best.Please Hold on!
Data is Loading...
Your address will show here +12 34 56 78
  Spesifikasi
  • 8th Generation Intel Core i5-8250U processor
  • Intel HD Graphics 620
  • 8GB memory
  • 256GB SATA 3 M.2 SSD
  • 13.3 inch screen with Full HD display
  • Intel Dual-Band Wireless-AC 8260 with Bluetooth 4.1
  Rekabentuk ZenBook UX330UA ini hadir dengan binaan aluminium berwarna silver, dan ianya kelihatan cantik dan moden. Ia juga rasa agak kukuh dan sesuai untuk range harganya.   Skrin dan Bunyi Skrin ZenBook UX330UA yang bersaiz 13.3 inci ini juga memberikan warna yang cukup menarik dan ia juga sangat terang. Ketika menonton movie, setiap warna yang ada movie tersebut kelihatan terang dan sangat memuaskan. Speaker pada ZenBook UX330UA ini juga sangat kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz yang besar. Meskipun dipasang kuat, setiap detail bunyi tidak terjejas sedikitpun.   Keyboard dan Touchpad Keyboard pada ZenBook UX330UA ini memberikan proses menaipan yang sempurna, tanpa memerulkan tekanan yang kuat, ia boleh ditekan sehingga habis tanpa sebaarng masalah. Cuma kekurangannya pada butang yang agak rendah menjadikan kadang-kadang boleh tergelincir ke butang lain. Meskipun ZenBook ini mempunyai banayk point yang positif, tetapi touchpadnya merupakan salah satu point negatif. Ia terlalu keras, dan terasa seakan-akan ada sesuatu pada bahagian bawah touchpad yang terlekat ataupun menghalang. Penggunaan mouse lebih digalakkan.   Prestasi Asus ZenBook UX330UA ini memberikan skrin yang sempurna, kualiti audio yang bagus, keyboard yang selesa dan menjadikan laptop ini sebuah laptop yang bagus dan sesuai dijadikan sebagai laptop untuk produktiviti. Baterinya juga boleh bertahan selama 8 jam atas penggunaan web browsing dan juga wifi.
0

Notification pada Windows berubah setiap kali adanya version baru Windows, tetapi, semakin dia berubah, semakin bertambah annoying. Setiap kali ada notification, ia akan mula keluar, tidak kira sedang menonton video ataupun sedang bermain game ataupun sedang melakukan kerja, ia akan tetap menyemak pada Windows kita.   Cara mudah:
  1. Tekan pada notification icon pada bahagian bawah kiri skrin. Ikonnya seperti chat box.
  2. Tekan ikon All settings.
  3. Pilih System.
  4. Tekan pad Notifcations & actions pada sebelah kiri.
  5. Untuk menutup notification secara kekal, toggle Get notifcations from apps and other senders button kepada off.
0

  Spesifikasi
  • Intel Core i7-8550U processor
  • Intel UHD Graphics 620
  • 8GB memory
  • 256GB PCIe M.2 SSD
  • 13.3 inch screen with Full HD display
  • Intel Wireless Dual-Band with Bluetooth 4.1
  Rekabentuk Tidak seperti kebanyakan laptop yang berada di pasaran, HP Envy 13t ini hadir dengan aluminium yang tidak berkilap, tetapi matte. Pada bahagian bawahnya pula ia diperbuat daripada magnesium alloy.   Skrin dan Bunyi HP Envy 13t mempunyai touch screen yang bersaiz 13.3 inci dan ia juga memberikan kualiti gambar yang cukup bagus dan cantik. HP Envy 13t juga mempunyai pilihan skrin 4K yang lebih cantik dan lebih terang. Speaker Envy 13t ini hanya sesuai untuk mendengar dialog daripada movie dan juga untuk skyping. Jika anda ingin mendengar lagu, mungkin anda memerlukan external speaker.   Keyboard dan Touchpad Keyboard pada Envy 13t ini cukup selesa digunakan dan sesuai untuk mereka yang produktiviti dan juga students yang ingin melakukan kerja on-the-go. Touchpad tanpa butang pad Envy 13t ini cukup tepat ketika digunakan, dan swipe, click, dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.   Prestasi Dengan processor generasi ke-8 daripada Intel, 8GB RAM, dan juga SSD, ia menjadikan laptop ini tidak mempunyai masalah untuk browsing internet, dan juga heavy multi-tasking. Baterinya juga boleh bertahan selama 9 jam tanpa perlu dicas. Ia juga mempunyai rekaan yang premium yang cukup memuaskan.
0

  Laptop kompak dan bajet pada masa kini tidak didatangkan dengan storage yang besar, ada yang dating dengan 32GB, 64GB, setelah install beberapa software, dan storagenya akan mula menjadi penuh. Untuk pengguna Windows, bila kita buang fail dari folder Temporary, dan juga Recycle Bin, ia akan memberi space yang cukup besar.
  1. Right-click pada ikon Windows, dan pilih System.
  2. Pilih Storage pada bahagian kiri.
  3. Toggle Storage Sense kepada On.
  4. Tekan pada Change how we free up space.
  5. Toggle on ataupun off mengikut kehendak.
0

  Spesifikasi
  • Intel Core i7-7500U
  • Nvidia GeForce 940MX 2GB GDDR5
  • 16GB memory
  • 512GB NVMe SSD
  • 1TB SATA HDD
  • 15.6 inch screen with 4K display
  • Intel Dual-Band Wireless-AC 8265 with Bluetooth 4.1
  Rekabentuk Flex 5 ini hadir dengan rekaan yang diubah sedikit berbanding model sebelumya. Penutupnya yang berwarna Onyx Black yang menggunakan aluminium yang melantunkan cahaya. Decknya pula berwarna kelabu gelap menjadikan laptop ini kelihatan premium.   Skrin dan Bunyi Skrin 15.6 inci ini mmeberikan display yang cukup cantik dengan adanya display 4K menjadikan laptop ini boleh digunakan untuk menonton video 4K. Ia juga mempunyai warna yang terang beserta kecerahan yang cukup memuaskan. Audionya pula cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana. Namun begitu, bunyi yang terhasil ada sedikit kabur dan kurang jelas.   Keyboard dan Touchpad Keyboard Flex 5 ini memberikan pengguna rasa yang selesa ketika menaip dan ia memerlukan jumlah tenaga yang sedikit, untuk sampai kedasar keyboardnya. Touchpad Flex 5 ini juga cukup tepat ketika digunakan. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.   Prestasi Dengan spesifikasinya, laptop ini sesuai digunakan untuk produktiviti. Ia tidak mempunyai sebarang masalah lag ataupun delay ketika digunakan web browsing dan juga streaming. Baterinya hanya boleh bertahan selama 5 jam, dan pengguna mungkin perlu membawa charger sekali sebagi backup.
0

  Cortana merupakan sebuah virtual voice assistant yang dibuat oleh Microsoft untuk Windows 10 dan juga WIndows Phone. Kita boleh menggunakannya untuk pelbagai jenis tugasan, seperti setkan reminder, hantar ataupun membaca email, dan sebagainya. Sesetengah pengguna pula tidak biasa dan tidak mahu untuk menggunakan Cortana, dan ada cara mudah untuk menyembunyikan Cortana.  
  1. Right-click pada Cortana/Search Box.
  2. Pilih Hidden pada menu Cortana.
 
0

Spesifikasi
  • Intel COre i3-7100U processor
  • Intel HD Graphics 620
  • 4GB memory
  • 128GB M.2 SSD
  • 133 inch screen with Full HD display
  • Intel Dual-Band WIreless-AC 8265 with Bluetooth 4.1
  Rekabentuk ThinkPad 13 generasi ke-2 ini masih lagi mempunyai rekaan professional yang tidak begitu menarik seperti sebelumnya. Ia di bina dengan plastik sepenuhnya, melainkan pada pilihan warna silver, yang mempunyai penutup diperbuat daripada aluminium.   Skrin dan Bunyi Skrin ThinkPad 13 ini mempunyai detail yang begitu jelas dan warna yang menarik, tetapi ia memerlukan lebih kecerahan skrin untuk menjadi lebih baik. Jika menonton video waktu malam gambar terhasil kelihatan agak malap dan tidak begitu menarik. Speakernya pula cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana. dan ia juga memberikan bunyi yang cukup berkualiti, dengan adanya stereo effect pada speaker ThinkPad 13 ini.   Keyboard dan Touhcpad Keyboard ThinkPad 13 ini hampir sempurna dengan tactile feedback yang mengagumkan. Seperti kebanyakan laptop ThinkPad, touchpadnya cukup memuaskan ketika digunakan. Ia tidak mempunyai sebarang masalah untuk swipe, click dan juga multi-gestures.   Prestasi Dengan ketahanan gred Askar, dan rekaan yang ringan, keyboard yang hampir sempurna, Lenovo ThinkPad 13 ini merupakan sebuah laptop yang sempurna untuk bisnes, pelajar kolej dan juga mereka yang menginginkan laptop dengan harga yang rendah. Ia juga mempunyai jangka hayat selama 9 jam atas penggunaan bateri.
0

Selepas Windows 10 Fall Creator Update baru-baru ini, ada sesetengah pengguna mengadu mengenai kehilangan ikon bateri pada laptop mereka. Tanpa ikon bateri, agak sukar untuk kita pastikan berapa jumlah percentage bateri yang tinggal. Usah khuatir, ia agak mudah untuk kembalikan semula ikon bateri ini.   Langkah-langkahnya:
  1. Right-click pada Taskbar dan pilih Settings.
  2. Tekan pada Turn system icons on or off.
  3. Toggle Power kepada On
  Dan seharusnya ikon bateri kembali ke taskbar. Selamat mencuba!
0

  Spesifikasi
  • Intel COre Xeon E3-1505M v6
  • Nvidia Quadro M1200
  • 32GB Memory
  • 512GB M.2 PCIe SSD
  • 15.6 inch screen with FUll HD display
  • Intel WiFi Link 8265 Card 2×2 (802.11ac + Bluetooth 4.2)
  Rekabentuk Dell menggunakan rekaan yang sama daripada siri XPSnya iaitu XPS 15 pada Precision 5520 ini. Pada bahagian penutup laptop ini, ia terdiri daripada binan Aluminium, dan pada bahagian dalamnya pula ia terdiri daripada carbon-fiber yang mempunyai sentuhan halus dan memberikan keselesaan ketika menaip.   Skrin dan Bunyi Skrin bersaiz 15.6 inci ini memberikan pandangan yang cukup jelas dan warna yang terang. Ia juga mempunyai bingkai yang nipis, memberikan lebih ruang untuk melihat berbanding biasa. Kualiti audio pada Precision 5520 ini cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik yang besar. Untuk menghasilkan audio yang lebih sedap, software Waves MaxxAudio Pro turut disediakan.   Keyboard dan Touchpad Keyboard pada Precision 5520 ini memberikan keselesaan ketika menaip. Ia juga mempunyai backlight. jadi menaip di dalam keadaan yang gelap bukan lah menjadi suatu masalah. Touchpadnya pula cukup smooth ketika digunakan dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk swipe,click dan juga multi-gestures.   Prestasi Laptop ini seperti sebuah pakej yang sempurna daripada setiap aspek didalam sebuah laptop yang cantik. Dengan ketahanan bateri selama 11 jam, laptop ini mampu dijadikan sebagai laptop kerja harian tanpa sebarang masalah.
0

Tidak seperti Aero Effect yang ada pada Windows Vista dan juga Windows 7, Transparency ini merupakan sebuah effect yang bukan semua suka. Bila disable effects ini, ia juga akan memberi kesan kepada kelajuan Windows juga. Jadi kali ini FR akan sharekan macam mana untuk disable transparency ni.   Langkah-langkah
  1. Tekan Start button dan buka Settings.
  2. Plih Personalization daripada pilihan senarai.
  3. Pilih Colors pada sebelah kiri.
  4. Disable dengan menukar Make Start, taskbar, and action center transparent kepada Off.
0

PREVIOUS POSTSPage 2 of 26NEXT POSTS