Good Contents Are Everywhere, But Here, We Deliver The Best of The Best.Please Hold on!
Data is Loading...
Your address will show here +12 34 56 78
Sepanjang 18 tahun saya melayari internet, ada beberapa kali computer saya dijangkiti virus semasa menggunakan internet. Anda semua yang memiliki komputer, laptop dan sebagainya, disarangkan menggunakan perisian antivirus supaya lebih selamat. Sama ada anda menggunakan perisian antivirus atau seperti windows defender atau suite keselamatan yang lengkap seperti BitDefender, anda perlu sedar bahawa terdapat perlbagai cara yang mudah untuk pc, laptop untuk di jangkiti virus. Dengan sedikit latihan asas, anda boleh mengurangkan masalah virus dan malware, dan akhirnya dapat menikmati internet dengan cara anda.
 1. BUKA LINK & DOWNLOAD FILE YANG DI PERCAYAI SAHAJA
Anda tidak perlu melawat laman web yang diragui atau muat turun (download) fail yang tidak sah (illegal). Ini kerana peluang untuk dijangkiti oleh virus atau malware adalah tinggi. Sekiranya anda tidak dapat mengelakkan diri anda dari melawati laman web ini, pastikan sistem anda dilindungi.
2. MEMATIKAN HTML DALAM E-MEL
Cara yang biasa bagaimana malware diedarkan adalah melalui e-mel. Malah, e-mel berniat jahat (malicious) boleh secara automatik menjalankan skrin malware dalam paparan HTML. Itulah sebabnya kebanyakkan email client dan webmail secara default tidak memaparkan HTML content (seperti gambar).
3. JANGAN TERTIPU DENGAN TAKTIK MENAKUTKAN PENGGUNA (SCARE TACTIC)
Mereka datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Saya akan memberikan anda beberapa contoh di bawah, secara umumnya anda tidak seharusnya install perisian anti-virus, anti-spyware atau anti-malware dari sumber-sumber yang tidak dipercayai (untrusted). Saya cadangkan untuk pengguna Windows adalah kombinasi perisian malware seperti :
  • AntiVirus Free Version (anti-virus)
  • Microsoft Windows Defender (anti-virus)
  • Malwarebytes Anti-Malware (anti-malware)
Jadi macam mana penipu (scammer) menakutkan orang ramai? Biasanya, apabila anda melawat laman web, pop-up akan memberi amaran kepada anda bahawa anti-virus komputer anda ketinggalan zaman atau dijangkiti dan anda perlu install anti-virus dan melakukan imbasan untuk membuang malware tersebut.
 4. LAKUKAN IMBASAN PADA EXTERNAL DRIVE YANG DI SAMBUNGKAN PADA KOMPUTER ANDA
Jika anda menyambungkan external drive, sebagai contoh USB dari rakan anda ke komputer anda, pastikan anda membiarkan perisian anti-virus komputer melakukan imbasan pada USB tersebut. Rakan anda mungkin tidak tahu bahawa mereka sebenarnya telah dijangkiti malware. Jika anda memiliki perisian anti-virus, anti-malware pada komputer anda terus lakukan imbasan tanpa ragu-ragu.
5. BERI PERHATIAN APABILA ANDA INSTALL SOFTWARE
Selalunya, installer software termasuk sekali dengan optional software, seperti toolbar atau perisian tambahan. Berhati-hati semasa anda bersetuju untuk install perisian tersebut. Sentiasa pilih custom installation dan untick apa-apa benda yang tidak anda ketahui, terutamanya optional software yang anda sendiri tidak download dan install. Apa yang boleh dikatakan jangan install perisian dari sumber yang tidak dipercayai (untrusted).
Anda ada soalan nak tanya FR? Boleh klik link di bawah dan anda akan di bawa ke whatsapp. Boleh chat dengan customer service FR, Ros 🙂

>> ROS, SAYA NAK TANYA SOALAN BOLEH? <<

0

  Solid state drive (SSD) kini merupakan keperluan bagi komputer moden. Berbeza pada beberapa tahun yang lepas di mana harga SSD adalah sangat mahal. Sekarang anda mampu memilikinya kerana terdapat model SSD pada harga budget. SSD merupakan teknologi storan (storage) yang baru dan moden berbanding mechanical hard disk yang biasa digunakan pada majority komputer dan laptop. SSD menawarkan banyak kelebihan lain yang membuatkan pengguna yang menggunakan HDD telah bertukar kepada SSD.
Ada 5 cara bagaimana SSD dapat melajukan laptop anda.
1. Penggunaan Solid State Drive (SSD) melajukan boot komputer anda dengan lebih cepat (sekiranya menggunakan sistem operasi moden seperti Windows 7, Windows 8.1 atau Windows 10) 2. Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s. 3. Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti. 4. Bagi gamers tegar – penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming. 5. Majoriti pengguna Solid State Drive biasanya akan install sistem operasi seperti Windows atau Linux di dalam Solid State Drive bagi menjadikan penggunaan harian lebih lancar dan responsive. Contohnya seperti start up, shut down, proses memindah fail, menggunakan browser, scan antivirus dan sebagainya. Untuk optimasikan penggunaan ruang Solid State Drive, adalah digalakkan untuk anda simpan fail-fail besar seperti fail lagu, video, movie, anime di dalam Hard Disk biasa. — Hasilnya, kebanyakan model Macbook walaupun menggunakan processor dual-core tetapi sangat laju dan responsif. Pembuat PC lain pula kini dilihat semakin beralih kepada storan SSD di dalam model-model komputer terbaru, dan tidak terhad kepada komputer kategori high-end sahaja.
1

Cara SSD (solid state drive) berfungsi adalah sama seperti mana HDD (hardisk) berfungsi. SSD juga merupakan storage drive yang sedang hangat di pasaran. Ramai diantara pengguna di luar sana yang menggunakan HDD bertukar ke pada SSD. Kali ini saya akan senaraikan sebab perlu bertukar kepada SSD.
1. MASA AKSES DATA (DIRECT ACCESS TIME)
Masa yang diperlukan oleh SSD untuk akses data adalah cepat dan efficient berbanding dari HDD. Biasanya di bawah 0.1 ms. data boleh diambil secara langsung dari pelbagai lokasi memori flash SSD anda.
2. MASA YANG DIPERLUKAN UNTUK PINDAH DATA (DATA TRANSFER RATE)
Dengan adanya teknologi SSD kelajuan read/write adalah sangat konsisten jika mahu di bandingkan dengan SSD. Kadar pemindahan data ( data transfer rate) adalah kira-kira 200MB/s – 550MB/s bergantung pada SSD tersebut.
3. BERAT DAN SAIZ (WEIGHT ANDA SIZE)
SSD merupakan semiconductor memory devices yang dipasang pada papan litar, ringan dan bersaiz kecil. ciri-ciri dan bentuk SSD itu sendiri lebih kurang sama dengan HDD (2.5inci atau 1.8inci), tetapi casing SSD kebanyakan diperbuat dari plastic atau besi lembut.
4. BUNYI (NOISE)
SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak seperti HDD yang berputar-putar. Disebabkan itu SSD adalah senyap, walaupun dengan menggunakan SSD yang bergred rendah. HDD biasa mengeluarkan bunyi seperti disk yang sedang berpusing dan bunyi klik, dan ini tidak berlaku kepada SSD.
5. CEPAT DAN LANCAR SEMASA MEMBUKA FAIL DAN PROGRAM (FILE OPENING SPEED)
Perbezaan yang ketara juga adalah kelajuan SSD itu sendiri membuka atau menjalankan sesuatu program dan fail dengan pantas. Ini merupakan salah satu keistimewaan SSD itu sendiri dimana performance adalah lebih baik.
6. JIMAT KUASA (SAVE POWER)
SSD secara umumnya memerlukan setengah dari satu pertiga kuasa daripada HDD. Kerana SSD menggunakan 2.3 watt sahaja berbanding HDD. Jadi anda boleh jimat penggunaan bateri laptop anda.
7. TIADA GETARAN (VIBRATION)
Seperti yang anda tahu didalam HDD akan berputar-putar dan kadang-kadang akan menyebabkan getaran. Hal ini tidak mempengaruhi SSD kerana SSD tidak mempunyai komponen yang bergerak-gerak seperti HDD. Teknologi SSD dan HDD sangat berbeza tetapi peranan mereka adalah sama.
0

Ramai diantara kita yang tidak tahu apa tanda-tanda yang laptop anda dah sampai masa perlu buat dust cleaning. Kali ini saya akan kongsikan pada anda 7 tanda laptop anda perlu buat servis clean dust. Sebenarnya terdapat beberapa sebab tertentu, mari lihat apakah tanda-tanda yang boleh di lihat.
1. GUNA LAPTOP LEBIH DARI 2 TAHUN
Satu situasi dimana laptop anda telah berusia lebih kurang 2 tahun. Dalam tempoh penggunaan ia telah terdedah dengan habuk-habuk yang kecil dan lama-kelamaan ianya berkumpul dan menjadikannya lebih banyak dan tebal.
2. KIPAS LAPTOP BERFUNGSI DENGAN PERLAHAN
Situasi dimana anda ON laptop tersebut dan mendapati kipas pada laptop anda berfungsi dengan perlahan. Ini disebabkan banyak habuk-habuk yang telah lama terkumpal pada kipas anda lalu menyebabkan kipas itu berjalan dengan perlahan.
3. LAPTOP BERHABUK DAN BERDEBU
Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting terhadap keadaan laptop anda. Sebagai contoh menggunakan laptop di kawasan yang berdebu dan berhabuk adalah tidak elok. Ini kerana lebih cepat habuk terkumpul ke laptop anda berbanding di tempat yang lebih kondusif.
4. SUHU DAN HABA DARI LAPTOP, PANAS DARI YANG BIASA
Kebiasaannya anda sendiri yang akan perasan sekiranya berlaku perubahan pada laptop anda walaupun sedikit. Ini kerana kekerapan anda menggunakan laptop tersebut untuk melakukan tugas dan walaupun berlaku sedikit perubahan anda akan perasan sebagai contoh laptop anda panas dari biasa.
5. KIPAS LAPTOP BERBUNYI
Kedengaran bunyi bising atau pelik di bahagian kipas laptop anda? Faktor yang menyebabkan masalah ini berkemungkinan disebabkan ada sesuatu bergesel dengan kipas laptop tersebut. Sebagai contoh gumpalan habuk yang terlalu tebal dan bergesel dengan habuk atau pun bilah kipas patah.
6. THERMAL PASTE KERING
Thermal paste juga menjadi faktor yang menyebabkan laptop panas. Ini kerana tujuan thermal paste adalah untuk disapukan di bahagian gpu dan cpu, bertujuan untuk menyejukkan komponen laptop anda. Alang-alang anda buat clean dust periksa thermal pasta itu ok lagi ke tak.
7. LAPTOP KERAP TERPADAM SELEPAS DIGUNAKAN 30 MINIT KE 1 JAM
Pernah tak anda ON laptop, dan dalam masa 30 hingga 60 minit penggunaan tiba-tiba laptop anda terpadam secara mengejut walaupun anda menggunakan bateri laptop dan masih ada kuasa pada bateri tersebut. Ini mungkin disebabkan laptop anda dah lama tak servis dan bila terlampau panas laptop akan terpadam. Demikian 7 laptop anda perlu melakukan servis clean dust yang dapat dikongsikan dan menjadi rujukan kepada anda.  Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada  semua.
0

Kali ini saya nak kongsikan 7 tips penjagaan laptop selepas clean dust. Ada beberapa tips yang boleh dilakukan selepas clean dust. Mari lihat beberapa tips tersebut yang akan di kongsikan bersama.
1. SERVIS CLEAN DUST & TUKAR THERMAL PASTE 6 BULAN SEKALI
Tujuan untuk melakukan servis 6 bulan sekali, ialah untuk mengelakkan kipas laptop penuh dengan gumpalan habuk  dan menukar thermal paste sekiranya ia sudah kering.
2. JANGAN GUNA LAPTOP DI KAWASAN YANG PANAS
Jangan menggunakan laptop di kawasan yang panas atau bersuhu panas. Ini kerana laptop dan komponen laptop sangat sensitif dengan suhu yang malampau panas. Seperti yang anda tahu suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop anda.
3. ELAK DARI GUNA LAPTOP TERLALU LAMA
Selepas melakukan servis kalau boleh elak dari ON laptop anda straight 5 jam ke atas tanpa henti. Kalau boleh OFF dahulu dalam 30 minit untuk komponen laptop dan laptop sejuk, selepas itu nak sambung guna laptop pun tak apa.
4. JAUHI PERSEKITARAN YANG BERHABUK DAN BERDEBU
Yang ini kalau boleh elakkan lah ye. Bukan apa, yelah dah penat buat sevis janganlah guna laptop kat kawasan persekitaran macam ini. Tak pasal-pasal nanti sekejap ke laptop tu berhabuk balik, dengan cepat. Gunakan laptop di kawasan yang sesuai untuk mengelakkan perkara seperti ini.
5. JANGAN MAIN LAPTOP ATAS PERMUKAAN FABRIK
Yang ini ramai yang suka lakukan, bermain laptop di  atas katil, tilam, bantal dan lain-lain sebab ia menghalang laluan udara. Sekiranya ini berlaku laptop akan cepat panas dan kemungkinan thermal paste untuk kering dan menyebabkan overheating
6. GUNAKAN DIRECT FAN
Kalau nak lebih baik lagi, gunakan fan tambahan dengan menyambungkan pada usb laptop anda dan fan itu akan berfungsi sebagai fan kedua yang membantu laptop anda dari cepat panas. Nak guna kipas biasa pun boleh, Cuma hala kipas tu ke laptop anda.
7. GUNA LAPTOP DI KAWASAN YANG BERANGIN ATAU SEJUK
Sebagai contoh di bilik yang mempunyai kipas, bertingkap atau bilik yang mempunyai penghawa dingin. Perkara ini dapt membantu anda untuk memanjangkan jangka hayat laptop anda. Laptop yang dijaga dengan baik akan mengembirakan tuannya sendiri.
0

Terdapat banyak cara yang berbeza untuk menyambungkan sumber video kepada TV dan monitor, dan ia agak mengelirukan, kerana terdapat begitu banyak port dan connector. Ini bermakna terdapat banyak peranti (device) di luar sana dengan pelbagai jenis sambungan (connector) video. Tetapi apakah perbezaan antara mereka semua? Yang mana yang anda perlukan? Dalam artikel ini, kita akan melihat jenis kabel yang biasa digunakan dan anda mungkin menggunakan salah satu darinya.
VGA
Video graphic array (vga) adalah satu sambungan (connector) tertua yang masih digunakan dalam peralatan komputer. Ia mula dibangunkan oleh IBM dan diperkenalkan pada sekitar tahun 80-an. Ia telah digunakan secara meluas untuk video card, tv sets, monitor komputer, dan laptop. VGA boleh menyokong resolusi sehingga 640 x 480 dalam 16 warna, walaupun anda boleh meningkatkan warna hingga ke 256 dengan mengurangkan resolusi 320 x 200. Ini dikenali sebagai Mod 13h dan biasanya digunakan apabila boot komputer anda ke dalam Safe Mode. Ia juga mod yang digunakan dalam permainan komputer pada akhir 80-an dan awal 90-an
DVI
Lebih daripada satu dekat selepas IBM memperkenalkan VGA, dan selepas itu Digital Display Working Group melancarkan teknologi baru iaitu, DVI, bermaksud Digital Visual Interface, boleh menghantar video digital dalam salah satu daripada tiga mod.
  • DVI-I (Integrated) menggabungkan digital dan analog dalam connector yang sama.
  • DVI-D (Digital) menyokong isyarat digital sahaja.
  • DVI-A (Analog) menyokong analog sahaja
HDMI
HDMI, atau High Definition Media Input, banyak digunakan dalam peralatan komputer dan laptop baru. HDMI telah dicipta oleh sekumpulan pengeluar elektronik, seperti Sony, Sanyo, Toshiba. Bertujuan untuk memindahkan (transfer) video dan audio untuk monitor komputer, televisyen digital, dvd atau blue ray player. HDMI mengunakan format video yang sama seperti DVI, kedua-duanya sangat compatible. Walau bagaimanapun DVI tidak support audio seperti HDMI yang  support video dan audio. HDMI juga terkenal dengan 4K dan Ultra HD kerana resolusi video yang hebat.
0

  Terdapat beberapa jenis free PDF reader yang berkualiti sekiranya anda rajin mencari di internet. Alternatif PDF reader yang ada di luar sana run dengan tahap minimal, aplikasi yang ringan bertujuan untuk membaca format PDF sahaja. Sesetengah aplikasi mempunyai ciri-ciri yang tidak boleh dijumpai dalam Adobe Reader, seperti basic PDF-editing tools.
1. SUMATRA PDF
Pros: PDF reading yang paling ringan, juga boleh didapati sebagai portable apps. Sumatra PDF adalah alternatif terbaik untuk dijadikan PDF reader, kerana ia tidak menggunakan banyak system resource. Ia juga merupakan open source, di mana anda boleh download secara percuma. Jika anda mahukan sesuatu yang lebih minimalis daripada versi desktop anda boleh download Sumatra PDF versi portable yang lebih ringan. Samutra tidak mempunyai option editing atau ciri-ciri yang lebih canggih. Ia hanya aplikasi yang pantas untuk load fail PDF anda. Sumatra PDF juga menyokong fail jenis lain seperti eBook, ePub , Mobi format dan buku komik dalam format CBZ dan CBR.
2. NITRO PDF READER
Pros: Boleh digabungkan ke dalam aplikasi Microsoft office dan menawarkan ciri-ciri menyeluruh (extensive). Mempunyai interface seakan Microsoft Office. PDF reader ini kaya dengan ciri-ciri yang menarik untuk digunakan. Tidak seperti PDF reader percuma yang lain, dengan Nitro anda boleh isi forms dan sign dokumen dengan menggunakan digital ID. Anda juga boleh add notes dan extract image atau convert PDF text ke dokumen.
 3. FOXIT READER
Pros: Mempunyai ciri yang lengkap untuk PDF reader percuma Foxit reader adalah salah satu alternatif untuk Adobe reader. Ia kekal sebagai pilihan yang hebat dikalangan PDF reader percuma kerana menawarkan lebih banyak ciri-ciri dari free PDF reader lain. Mempunyai pelbagai advanced options, seperti text markup, typewriter option, form handling, digital signatures, managing reviews and tracking changes.
4. STDU VIEWER
Pros: Sesuai untuk mereka yang navigasi lebih dari satu dokumen. STDU Viewer support format TXT, Comic Book Archive, PDF, DjVu, MOBI, EPub, beberapa imej fail dan pelbagai format dokumen. STDU Viewer menguruskan pelbagai dokumen dalam satu masa. Anda juga boleh create dan navigasi bookmarks dan highlights, view thumbnails dan macam-macam lagi. Satu lagi ciri yang menarik adalah invert colorts, sebagai contoh dari warna hitam ke putih, putih ke hitam, yang boleh mengurangkan tekanan pada mata anda.
5. ADOBE READER
Pros: Interface yang user friendly dan mempunyai ciri-ciri yang minimal Adobe PDF reader masih mengekalkan standard mereka. Dengan 105 MB saiz, sans optional offer, merupakan juara di kalangan PDF reader. Adobe reader mengekalkan interface yang tidak terlampau dengan features. Anda boleh memberi komen, fill & sign, dan convert ke PDF atau ke format yang lain. Jika anda pernah mengalami masalah membuka fail PDF atau mengisi borang dengan mengunakan alternatif PDF tool yang lain, ia jarang berlaku sekiranya anda kembali menggunakan Adobe Reader.
0

Jika anda mahu pecahkan (split) drive anda kepada bahagian-bahagian yang berbeza maka anda boleh menggunakan partition. Menggunakan alat default windows yang dipanggil Disk Management, dan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk resize, delete, dan create partitions. Pada asasnya, ini adalah satu proses maya untuk menambah pemacu (drives) tambahan. Jika anda ingin menambah fizikal pemacu baru untuk sistem anda untuk mendapatkan lebih banyak ruang penyimpanan, lihat panduan mengenai cara untuk memasang pemacu dalaman (internal drives) baru.
APA ITU PARTITIONS
Storage device adalah komponen fizikal. Ini boleh berada di dalam sistem atau di luar. Ia mempunyai had kapasiti tertentu. Jika anda tidak mempunyai ruang yang tinggal untuk data anda maka anda perlu memadam (delete) fail atau membeli hard disk baru. Kita akan dapat melihat bagaimana untuk partition drive anda. Ringkasnya, partition adalah satu blok ruang pada drive anda yang terdapat dalam windows akan menguruskan secara berasingan. Sebuah drive boleh mempunyai lebih dari satu partitions, dan masing-masing membawa huruf drive sendiri, kecuali partitions yang tersembunyi. Menggunakan partition mempunyai beberapa faedah. Yang paling biasa adalah untuk memisahkan sistem operasi daripada fail pengguna (user files). Ini bermakna anda boleh memasang (install) operating sistem tanpa kehilangan data anda, dan juga membuat backup imej setiap satu. Ia juga boleh membantu melindungi fail anda. Jika satu partitions rosak, tidak bermakna yang lain turuk rosak.
DISK MANAGEMENT
Windows mempunyai alat yang terbina dalam yang dikenali sebagai disk management yang anda boleh gunakan untuk create, delete, dan manage partitions pada drive tersebut. Untuk bermula, tekan kekunci windows + R untuk membuka Run, taip diskmgmt.msc dan klik ok. Ini akan membuka Disk Management. Di bahagian atas menunjukkan anda partitions yang sedia ada, yang dipanggil volume. Di bahagian bawah kemudian mewakili data secara visual. Setiap (pemacu) fizikal mempunyai baris sendiri dan partition adalah seperti dalam blok berasingan. Sebagai contoh, anda boleh lihat dalam gambar di atas Disk 0 mempunyai kapasiti 931,39 GB (ia adalah 1TB drive, oleh kerana cara bagaimana storage berfungsi anda tidak akan dapat jumlah yang penuh. Tiga partition pada drive yang ditunjukkan di atas adalah:
  1. EFI SYSTEM PARTITION
Ini adalah salah satu partition yang dinyatakan sebelum ini yang tidak mempunyai huruf pemacu (drive), tetapi ia sangat penting. Ia mengandungi fail yang diperlukan untuk boot Windows dan tidak boleh dipadam.
  1. PAGE FILE, PRIMARY PARTITION
Ini adalah partition utama pada drive, di mana hampir semua fail yang disimpan.
  1. RECOVERY PARTITION
Partition ini akan membantu anda mendapatkan semula sistem anda sekiranya partition utama menjadi rosak. Ini juga tidak mempunyai huruf pemacu dan tersembunyi.
RESIZE PARTITION
Sebelum anda boleh membuat partition baru, anda perlu membuat beberapa ruang kosong untuk itu dengan mengecilkan saiz jumlah yang sedia ada. Untuk melakukan ini, klik kanan partition dan pilih Shrink Volume. Anda hanya boleh memilih ini jika anda mempunyai ruang kosong pada drive. Input nilai ke dalam enter the amout of space to shrink in MB field. Sebagai contoh, jika anda mahu mengecilkan partition 100GB menjadi 50GB, masukan input 50000, kemudian klik shrink.
DELETE PARTITION
Anda juga boleh mengosongkan ruang dengan delete partition yang sedia ada. Walau bagaimanapun, perlu berhati-hati, ini akan memadamkan segala-galanya pada partition anda. Backup sebarang data yang anda hendak simpan sebelum meneruskan kerana tidak ia akan hilang selama-lamanya. Jika anda pasti anda mahu melakukan ini, right click partition dan pilih delete. Anda kemudiannya akan mendapat mesej amaran. Setelah anda memutuskan untuk delete, klik yes.
CREATE PARTITION
Satu blok hitam mewakili free space drive. Right click dan pilih new simple volume. Paparan wizard akan dibuka untuk membimging anda melalui proses tersebut. Klik next. Dalam simple volume size dalam MB, input nilai atau besar mana partition yang anda mahukan. Ingin, 1000 MB bersamaan dengan 1GB. Pada paparan ini, anda boleh memilih untuk format partition. Jangan ragu untuk menukar nama volume tersebut. Jika tidak, biarkan ia dengan setting default sekiranya anda selesa dengan perubahan tersebut. Akhir sekali akan merumuskan semua pilihan yang anda pilih. Tekan butang back sekiranya anda mahu kembali dan mengubah apa-apa, jika tidak, klik finish untuk membuat partition anda. Sekarang anda tahu bagaimana untuk menggunakan Data Management tool anda boleh mengawal pemacu (drive) anda seperti orang mahir (expert). Ingat, sentiasa berhati-hati sebelum shrink atau edit partition yang sedia ada. Semuanya baik-baik belaka sekiranya anda mengikuti nasihat di atas. Jika anda ingin benar-benar menghapuskan pemacu (drive), mungkin untuk membuang bloatware, maka anda juga boleh menggunakan Disk Management tools.
0

Pengguna Mac selalu mengambil mudah apabila ia berkenaan dengan keselamatan komputer (computer security). Tidak ada keperluan untuk menjalankan perisian antivirus, bimbang tentang bahagian besar eksploitasi yang menyasarkan pengguna Windows dan Mac anda juga akan terkesan sekiranya anda cuba memasang (install) software dari sumber yang tidak diketahui. Oleh itu anda mungkin rasa ia agak sukar untuk menjangkiti Mac anda dengan malware, tapi selalu ada pengecualian. Sistem operasi desktop Apple boleh dikompromi dalam beberapa cara – berikut adalah lima daripadanya.
1. DOWNLOAD SOFTWARE PIRATE
Ini mungkin cara yang paling jelas untuk meletakkan Mac anda pada risiko, dan yang sama untuk pengguna Windows. Walau bagaimanapun anda boleh berhujah yang pengguna wundows berada dalam situasi yang lebih baik hakikat bahawa terdapat sejumlah besar mengimbas virus untuk platform, dan kebanyakan pengguna memahami kepentingan perisian keselamatan pada Windows. Secara peribadi saya tidak menggunakan pengimbas virus pada Mac saya. Ini kerana sistem operasi Apple telah lama dianggap sebagai platform yang agak selamat, tetapi apabila anda memasang (install) perisian anda membuka platform itu sehingga pihak ketiga. Pembekal perisian cetak rompak di luar sana kebanyakannya bimbang dengan membuat perisian berbayar didapati secara percuma, dan ini merugikan mereka.
2. INSTALL FAKE ANTI-VIRUS SOFTWARE
Masih ingat dengan Mac Defender? Ia muncul pada tahun 2011 dan meletakkan dirinya sebagai alat anti-malware yang boleh membantu anda membersihkan sistem dijangkiti anda. Sindiket penipuan itu telah membuat semua lebih dipercayai oleh sebuah laman web palsu yang memberi amaran kepada pengguna mereka telah dicerobohi dan dengan memasang (install) Mac Defender adalah cara terbaik untuk membetulkan keadaan. Masalah ini menjadi begitu meluas bahawa ia menyebabkan Apple untuk hantar arahan mengenai membuang dan mengelakkan perisian. Secara umumnya, laman web seperti ini  besar kemungkinan anda akan melihat amaran palsu yang dipaparkan. Ia berjalan dari tangan ke tangan bersama dengan perisian cetak rompak, walaupun iklan ini mempunyai kecenderungan untuk menyusup masuk ke rangkaian pengiklanan yang genuine. Manakala pengimbas virus dalam talian memang wujud, mereka tidak menonjolkan diri sebagai tab yang tidak diingini atau memulakan imbasan tanpa diminta dari sistem anda semasa anda melayari web.
3. MENGGUNAKAN FLASH YANG TIDAK DI PATCH
Pelayar flash adalah produk adobe yang mudah dicerobohi, bertanggungjawab bagi isu keselamatan lebih dari satu syarikat. Lebih daripada 200 kelemahan (vulnerabilities) telah direkodkan. Ia juga menjadi lebih lapuk, kerana teknologi seperti HTML5 membenarkan pelayar moden untuk melaksanakan banyak tugas. Flash sudah ketinggalan zaman, menimbulkan ancaman keselamatan dan syukur kepada usaha bersepadu oleh industri, kini diberhentikan secara berperingkat. Seawal tahun lepas ramai pengguna unistall Flash kerana mungkin akan diancam dengan masalah keselamatan di mana-mana sistem operasi (OS). Disebabkan ini apple mula menyekat versi flash yang lapuk dalam pelayar safari. Firefox melumpuhkan flash pada satu ketika, dan pelayar google chrome telah lama termasuk versi sandboxed yang menyekat flash plug in supaya pc anda selamat. Jika anda menggunakan Safari, anda boleh memaksa pelayar untuk meminta anda untuk “trust” laman web yang cuba untuk menjalankan Flash di bawah Preferences> Security> Plug-in settings.
4. ENABLE JAVA BROWSER EXTENSION
Kebimbangan keselamatan terbesar yang dihadapi oleh pengguna-pengguna Mac datang terutamanya daripada perisian pihak ketiga. Dengan reka bentuk, sistem operasi Apple adalah umumnya agak selamat (tetapi hanya orang bodoh akan percaya). Satu lagi cara untuk membuka sistem anda sehingga serangan adalah dengan memasang Java dan sambungan penyemak imbas (browser extension), yang membolehkan anda untuk menjalankan perisian yang ditulis dalam Java dalam pelayar. Jangan terkeliru dengan JavaScript, Java adalah bahasa pengaturcaraan persekitaran runtime itu dan sesetengah aplikasi memerlukan anda memasang sebelum mereka akan berfungsi dengan baik. Ia juga telah digunakan untuk menjalankan perisian – yang dikenali sebagai applet – di laman web, dan dieksploitasi seperti itu. Jika anda pernah bermain Minecraft pada masa beta awal, anda akan telah menjalankan applet Java di pelayar anda.
5. TERLALU PERCAYA PADA APPS DAN BROWSER EXTENSIONS
Sejak GateKeeper turut bersama, Apple telah campur tangan dalam hal ehwal Mac anda pada tahap perisian pihak ketiga. Teknologi ini menghalang aplikasi yang tidak ditandatangani dari berjalan secara default, dan juga boleh dikunci untuk hanya membenarkan perisian dari Mac App Store untuk berjalan. Ini bermakna bahawa secara default Mac anda tidak boleh hanya menjalankan perisian dari mana-mana anda perlu untuk melumpuhkan ciri ini atau mengatasi setiap aplikasi di bawah Sistem Preferences> Security Realitinya adalah bahawa perisian yang paling yang tidak ditandatangani adalah selamat, walaupun ia tidak ditandatangani oleh Apple. Sudah tentu terdapat pengecualian, tetapi realitinya adalah bahawa budi bicara anda sendiri adalah salah satu alat keselamatan yang paling berharga yang anda ada. Tidak semua pemaju boleh mewajarkan kos mendaftar sebagai pemaju yang dipercayai, dan lain-lain perlu bekerja di luar sempadan yang ditetapkan oleh Mac App Store.
0

Sejak windows 10 anniversary update, ikon windows defender kini mempunyai tempat kekal yang terletak pada system tray. Anda mungkin rasa sikit menjengkelkan, seperti ramai pengguna windows 10 di luar sana dan ia bukannya mudah untuk di sembunyikan. Tapi ada cara penyelesaian
Hide or Disable the Shield Icon
Windows defender ikon boleh merimaskan kerana tiada option yang diberikan pada setting untuk menyembunyikannya. Sekiranya anda tekan butang kanan pada ikon tersebut hanya akan keluar tatapan option untuk open progtam sahaja. Tiada option untuk tutup. Sebagai functional ikon, ia tidak memberi apa-apa tujuan kerana anda boleh launch ia dari start menu atau membiarkan ia berjalan secara automatic dalam background windows. Tetapi anda boleh hilangkan ikon tersebut. Cara yang paling mudah adalah drag ikon tersebut dari kawasan notifikasi yang mudah dilihat ke tempat lain seperti gambar ini. Tetapi ada solusi yang baik untuk permasalahan ini. Windows defender ikon pada bahagian notifikasi akan berjalan ketika windows sedang berjalan, jadi anda boleh disable dengan bantuan dari task manager. Anda boleh gunakan shortcut key ini, hold ctr + alt + esc untuk run task manager >  selepas itu klik pada startup tab > dan list yang keluar dari paparan skrin anda dan scroll kebawah  sehingga anda jumpa windows defender notification icon > kemudian klik butang kanan mouse dan pilih disable. Seperti gambar ini. Restart laptop tersebut.  Sekarang ikon tersebut tidak akan start secara automatik. Akan tetapi aplikasi tersebut masing berjalan dari background untuk menlindungi laptop anda. Lakukan proses yang sama jika anda mahu enable kembali ikon. Adakah anda biarkan ia berjalan atau melumpuhkan nya? Windows defender merupakan upgrade dari Microsoft essentials. Sekarang berfungsi sebagai built-in antivirus untuk windows 10. Tetapi ia adalah salah satu dari perkhidmatan yang disediakan pada windows 10 yang selamat, anda juga boleh disable aplikasi tersebut dan menukar dengan antivirus yang lebih baik.
0

PREVIOUS POSTSPage 17 of 26NEXT POSTS