Uncategorized

Aplikasi Alternatif Untuk Download Youtube Video

Dalam artikel ini, saya akan memperkenalkan tiga aplikasi yang membolehkan anda download kesemua video dari youtube playlist.

4K VIDEO DOWNLOADER
Aplikasi kasi ini bukan sekadar untuk download playlist. Anda juga boleh download keseluruhan channel dengan satu klik, meminta aplikasi untuk download video yang baru dari individual channel secara automatik, dan juga memuat turun video 3D dan 360.Salah satu ciri yang perlu diberi perhatian adalah keupayaan untuk memuat turun subtitle. Video yang dimuat turun boleh disimpan sebagai MKV, M4A, MP3, FLV, dan 3G.
GIHOSOFT TUBEGET
Seperti aplikasi 4k video downloader. Gihosoft Tubeget meliputi lebih dari sekadar youtube. Aplikasi ini menyokong lebih dari 10,000 laman sesawang, termasuk facebook, dailymotion, youtube, veoh, dan banyak lagi.Aplikasi ini mampu memuat turun satu video dan keseluruh playlist. Untuk memuat turun playlist, hanya perlu copy URL dan klik  + PasteURL di penjuru sebelah kiri seperti gambar ini.Kemudian anda akan diminta untuk memilih format (MP4, WebM, 3GP, FLV, AVI, or MKV) dan kualiti (4K, 1440P, 1080P, 720P, 480P, 360P, or 240P). Apabila anda sudah bersedia, klik Muat turun. Aplikasi ini akan download sehingga lima video pada satu masa.
VLC MEDIA PLAYER
Adakah anda tahu anda boleh menggunakan VLCMediaPlayer untuk menyimpan video YouTube. Proses tidak semudah anda menggunakan yang khusus untuk memuat turun video, tetapi ia juga merupakan option yang baik.Caranya:-
  1. Buka aplikasi VLC media player
  2. Klik media dan pilih network stream
  3. Copy URL video youtube dari browser anda
  4. Paste URL tersebut dan klik play
  1. Kemudian semasa video sedang berjalan, tekan tool dan pilih codec
  2. Seterusnya copy location
  1. Paste location tersebut pada browser anda
  2. Sekali lagi video akan berjalan pada browser anda dan kali ini klik butang kanan pada mouse atau touchpad anda dan pilih save video as