6 Langkah Untuk Bersihkan Laptop & Handphone Untuk Lindungi Diri Anda Dari Covid-19

Share on facebook
Share

Laptop, handphone dan gajet yang kerap kita pegang boleh jadi tempat pembiakan virus terutamanya coronavirus.

Jadi ia perlu dibersihkan lebih kerap dari sebelumnya untuk membantu menghadkan penyebaran coronavirus.

Saya dah senaraikan beberapa langkah mudah dan cepat untuk bersihkan laptop & handphone anda.

Selain mencuci tangan anda dengan sabun beberapa kali sehari…

Melakukan ‘regular cleaning’ pada laptop dan handphone anda juga sangat penting untuk memastikan anda dan keluarga dilindungi daripada coronavirus.

Apa yang perlu anda buat sebenarnya agak mudah kerana apa yang anda perlukan adalah kain lembap dan juga kain bersih untuk lap laptop anda supaya kering.

6 Langkah Mudah Untuk Bersihkan Laptop & Handphone Anda Di Rumah

  1. Tanggal apa sahaja protective cover pada laptop / handphone anda dan bersihkan dengan teliti.
  2. Kemudian, bersihkan bahagian depan, belakang dan tepi laptop termasuk skrin dan keyboard dengan kain lembap.
  3. Digalakkan guna sabun (dengan kuantiti sedikit) ataupun alcohol based solution (kurang daripada 70% alcohol).
  4. Lap dengan kain bersih untuk keringkan lembapan pada body laptop / handphone.
  5. PENTING! Jangan sesekali gunakan produk pencuci untuk pembersihan rumah. Sebab ia tak sesuai untuk laptop dan handphone anda.
  6. Dan paling penting pastikan cecair seperti sabun tidak masuk ke dalam celah-celah laptop seperti keyboard, usb port, audio jack, charger port dan lain-lain tempat yang terbuka.

Jangan lupa switch off dulu laptop anda sebelum buat cleaning.

Tak pasal-pasal short circuit masa tengah cuci. Rosak motherboard nanti.

Dan kalau laptop anda dipegang dan digunakan oleh orang lain, buat semula cleaning untuk memastikan anda dan keluarga tidak berisiko dari terkena jangkitan Covid-19.

DO:

  • Gunakan kain yang lembut seperti microfiber supaya tak bercalar.
  • Gunakan sabun / alcohol based solution jika perlu.
  • Hati-hati semasa lap gunakan kain lembap supaya tidak ada cecair masuk ke dalam laptop .

DON’T:

  • Cuci gunakan air mengalir.
  • Gunakan detergents atau produk berasaskan kimia.
  • Gosok terlalu keras/kasar ketika bersihkan skrin ataupun pada tempat yang mudah rosak dan bercalar.

Nak Bersihkan Sekali Bahagian Dalam Laptop?

Klik SINI untuk baca > http://nak.la/PPM

Jangan lupa klik button SHARE di bawah supaya lebih ramai orang yang ambil langkah berjaga-jaga pada musim Covid-19 ni.

Share on facebook
Share

Urgent nak repair laptop? Isi form di bawah. Cik Ain akan whatsapp anda dalam masa terdekat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top