Uncategorized

4 Software Maintainance Percuma Yang Harus Anda Tahu

Sekiranya anda menjaga komputer atau laptop anda dengan betul, ia akan sentiasa pantas dan responsif selama bertahun-tahun. Tetapi jika anda mengabaikan penjagaannya, ia akan menjadi teruk sehingga memyebabkan anda stress. Jadi dari mana patut anda bermula? Dengan empat aplikasi di bawah. Software ini sangat berkesan dengan apa yang ia lakukan, dan tidak memerlukan apa-apa kos untuk software tersebut. Jadi apa tunggu lagi, anda perlu segera untuk install aplikasi tersebut. 

  • CCLEANER (FILE CLEANING & OPTIMIZATION)
Semasa anda menggunakan komputer atau laptop, terdapat beberapa fail tertentu yang anda mahu padamkan tidak kira masa. Ini termasuk browser caches, temporary installer files, system log files dan sebagainya.  CCleaner  mempunyai dua bahagian untuk bersihkan fail. Satu untuk Windows dan lagi satu untuk aplikasi third party. Semak kedua-dua bahagian tersebut dan check atau uncheck file yang mahu anda clean atau tidak dan klik Run Cleaner.CCleaner juga mempunyai ciri untuk registry cleaner, ia boleh memberikan kesan dan positif dan juga negatif jadi elakkan dari klik registry cleaner sekiranya anda tidak pasti. 
  • MALWAREBYTES (MALWARE SCANNING & REMOVAL)
Malware sentiasa menjadi masalah besar bagi pengguna komputer dan laptop. Ia boleh menyebabkan kan operating system anda menjadi lembab. Dan yang paling teruk adalah komputer atau laptop anda dikawal oleh hackers, data anda akan di kunci dan dijadikan tebusan, atau maklumat anda di curi.  Malwarebytes adalah aplikasi antimalware yang terbaik yang boleh anda dapati secara percuma. Database infection dikemas kini setiap hari supaya ia berjaya mengesan dan membuang virus terbaru, worm, spyware dan banyak lagi.Versi percuma software ini sudah memadai anda hanya menggunakan imbasan secara manual. 
  • GEEK UNINSTALLER (COMPLETE APPS INSTALLATION)
Tahukah anda bahawa unistalling aplikasi dari windows biasanya akan meninggalkan jejak atau kesan aplikasi tersebut yang masih ada dalam sistem anda? Ia boleh menyebabkan pembaziran space hard drive dan boleh juga mempengaruhi prestasi sistem anda.  Geek Unistaller mudah untuk digunakan. Bila anda mahu uninstall aplikasi, ia akan mengimbas sistem anda untuk mencari sebaran fail yang berkaitan dengan aplikasi tersebut dan buang dari sistem anda. 
  • SPECCY (IN DEPT SYSTEM INFORMATION)
Adakah anda tahu spesifikasi yang tepat untuk CPU, GPU, RAM, storage, motherboard dan lain-lain komponen dalam komputer atau laptop anda. Jika ia kemungkinan untuk anda ingat sebulan dari sekarang? atau setahun? Tetapi ada segelintir dari anda akan ingat walaupun dah lama.  Software Speecy memberitahu anda semua yang penting yang perlu anda ketahui tentang komputer atau laptop anda dengan pantas. Dengan imbasan yang mendalam, maklumat seperti CPU, RAM, GPU akan terpapar. Aplikasi ini amat berguna untuk anda memantau komputer atau laptop anda.  Berapa aplikasi di atas yang anda gunakan?  Ada banyak lagi aplikasi percuma seperti ini di luar sana. Apa tunggu lagi install aplikasi ini mudahan dapat membantu anda dalam memantau komputer dan laptop anda.