Uncategorized

3 Sebab VPN Berbayar Lebih Baik Dari VPN Percuma

Kenapa perlu menggunakan VPN berbayar sedangkan ada alternatif seperti VPN percuma? Selepas melakukan beberapa penyelidikan, VPN berbayar adalah lebih baik daripada versi percuma. Ada juga dimana kosnya lebih rendah, bergantung pada servis VPN yang anda gunakan.Dibawah merupakan sebab mengapa VPN berbayar lebih baik dari VPN percuma 

VPN BERBAYAR MEMPUNYAI KURANG SEKATAN
Jika dibandingkan kelajuan VPN percuma, mereka menghadkan pengguna dalam beberapa benda, untuk menghalang penyalahgunaan pengguna. Sekatan yang paling biasa adalah data limits, speed limits, connection limits, poor regional availability, dan login queues.Dengan VPN berbayar anda kurang mendapat sekatan berbanding VPN percuma dan mendapat akses yang penuh untuk penggunakan VPN tersebut. 
VPN BERBAYAR MEMPUNYAI PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK
Sebagai pengguna VPN berbayar, anda adalah sumber pendapatan untuk perkhidmatan tersebut.Dengan itu kepentingan yang terbaik adalah untuk memastikan anda sebagai pelanggan tidak lari dari menggunakan servis mereka. Mereka akan menyediakan pelbagai insentif untuk membuat anda berasa bahagia selalu.Antara manfaat yang diberikan untuk VPN berbayar biasanya mempunyai pemilihan pelayan yang lebih luas di seluruh dunia. Server VPN berbayar lebih cepat dan mempunyai uptime yang lebih dipercayai.VPN clients berbayar memberi lebih qualiti. Apa yang lebih penting adalah sekiranya berlaku masalah VPN berbayar mempunyai customer support sedang VPN percuma jarang mendapat customer support. 
VPN BERBAYAR LEBIH TRUSTED
Sekiranya anda mendaftar dengan servis VPN berbayar yang dipercayai, anda boleh menarik nafas lega kerana mereka tidak akan tutup secara tiba-tiba. Ada kemungkinan servis VPN berbayar boleh tutup, tetapi ianya jarang berlaku. Sebaliknya untuk pengguna VPN percuma terpaksa bertukar-tukar dari servis perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain. Hanya beberapa tahun yang lalu, VPN berbayar hanya digunakan oleh mereka yang mahir IT, ahli perniagaan dan juga mereka yang mementingkan privasi. Kini, orang ramai faham akan faedah yang diberikan VPN berbayar untuk mereka dan juga industri.