508 Jalan Kanan 1, Kampung Pandan 55100 KL +6017 288 2349
Facebook telah melancarkan Watch, merupakan sebuah platform khas untuk online video. Watch akan menggantikan tab video yang sedia ada, dan di pehuni dengan rancangan.Zaman sekarang video telah menjadi medium yang sangat penting dalam talian. Dari laman web streaming ke vloggers yang berkongsi kisah mereka dan viral video. Youtube mempopularkan video dalam talian dan banyak laman web yang berusaha untuk bersaing dengan mereke. 
PLATFORM BARU UNTUK RANCANGAN
Rangkaian social menerangkan Watch sebagai satu platform yang baru untuk dipertunjukan di Facebook. Pelbagai genre rancangan yang dipertunjukan.Facebook berharap Watch akan menjadi  tempat kepada kepelbagaian jenis genre rancangan dari realiti hingga ke komedi dan juga sukan secara live untuk di tonton.  Watch akan menyertakan watchlist untuk memastikan anda tidak terlepas satu episode dari rancangan kegemaran anda. Kandungan rancangan diatur bergantung pada ada yang dilihat oleh komuniti di antaranya “most talk about,” “what making people laugh” dan “what friends are watching”Pada peringkat awal ia hanya untuk tontonan pengguna di U.S. Walau bagaimanapun dari masa ke semasa Facebook akan memperluaskan lagi Watch untuk tontonan mereka yang berada luar dari U.S. Watch boleh ditonton melalui telefon pintar, desktop dan juga Facebook smart tv apps.
0

Uncategorized

Tahukah anda semua bahawa Adobe telah mengumumkan ia akan memberhentikan Flash. Dengan kata lain Flash akan pergi buat selamanya. Adobe Flash banyak digunakan oleh web-based games, online video, dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini Flash sentiasa dikaitkan dengan masalah isu keselamatan.

 

AKAN BERAKHIR SUDAH RIWAYAT ADOBE FLASH

Walaupun sudah bertahun-tahun isu keselamatan Flash ini diperkatakan ia kekal hangat sehingga ke hari ini, Adobe akhirnya membuat keputusan untuk hentikan Flash. Terdapat banyak pihak dan syarikat teknologi yang mahukan Flash di singkirkan sama sekali, terlalu banyak untuk disebutkan.

Dan akhirnya, Adobe menyerah kepada tekanan yang dialami dan menyatakan akan menamatkan Flash buat selama-lamanya.

 

 

Dalam blog post, Adobe berjanji akan menghentikan update dan pengedaran Flash Player pada akhir tahun 2020 dan mengalakkan mereka yang menggunakan format Flash bertukar kepada alternatif yang lain.

Isu-isu keselamatan adalah sebab utama Flash akan diberhentikan. Tidak lama dahulu Steve Jobs berhujah bahawa Flash perlu dimatikan. Dan sekarang, Flash akan mengundur diri dari gegelung masalah ini, dan mungkin akan digantikan dengan kemunculan teknologi yang baru, seperti HTML5.

 

 

Apa pendapat anda tentang Adobe untuk hentikan Flash? Patutkah Adobe dari dulu lagi Flash di singkirkan? Sama-sama kita nantikan teknologi baru yang akan menggantikan Flash.

0