10 Tips & Trik Lajukan Laptop Anda Tanpa Perlu Keluarkan Duit

Share on facebook
Share

Ada satu perkara paling penting yang kita mahukan daripada setiap laptop yang kita gunakan iaitu…

KELAJUAN!

Dari pengalaman saya, kebanyakan masa bila orang nak gunakan laptop mereka selalu cakap laptop terlalu perlahan.

Hari ni saya akan berikan beberapa tips untuk tambahkan kelajuan laptop anda tanpa perlukan keluarkan sebarang kos pun. Free je.

1. Tambah Jumlah RAM

RAM bermaksud Random Access Memory. Fungsi utama RAM adalah untuk menjadi penyimpan maklumat secara sementara untuk sesebuah komputer.

Katakan anda sedang edit gambar menggunakan komputer. Sebelum ada sempat untuk save ke dalam hard disk, anda shutdown komputer secara tidak sengaja. RAM inilah yang akan memadamkan seluruh hasil kerja tadi dari komputer anda.

Ini kerana memori-memori yang disimpan oleh RAM ini hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer di tutup. Berbeza dengan hard disk yang mempunyai ingatan secara kekal.

Jumlah RAM boleh di tambah kepada kapasiti yang lebih besar dan secara tak langsung dapat membantu melajukan laptop anda supaya menjadi lebih lancar ketika digunakan.

2. Delete (Uninstall) Semua Program Yang Tidak Digunakan

Ramai pengguna laptop hanya tahu install pelbagai software dan aplikasi tanpa tahu bagaimana untuk memadamnya.

Kerana itu ada banyak aplikasi yang tidak digunakan disimpan dalam laptop. Perkara ini akan menyebabkan kelajuan laptop menurun.

Selain dari itu, anda juga boleh membuang (uninstall) perisian seperti permainan komputer yang jarang atau sama sekali tidak digunakan. Cara untuk membuangnya tidaklah terlalu susah. Apa yang perlu anda lakukan adalah:

–  Klik pada butang Start/Windows

–  Klik pada butang Control Panel

–  Klik pada butang Uninstall A Program

–  Pilih perisian / permainan yang ingin di buang

3. Tutup Startup Program Yang Tidak Digunakan

Startup programs merupakan programs yang berjalan secara automatik sebaik saja laptop anda dihidupkan.

Apabila operating system ( windows ) ini mula ‘running’ sebaik anda tekan button on, maka akan ada banyak program termasuk antivirus, hijacker, spyware, dan malware yang telah di set sejak awal untuk ‘run’ secara automatik.

Disebabkan ini jugalah laptop anda akan startup dengan perlahan bergantung kepada berapa banyak aplikasi startup yang ada dalam laptop anda.

Kerana itu, ada baiknya anda tutup semua startup program yang tidak digunakan supaya laptop anda boleh boot dengan lebih laju dan lancar.

4. Sejukkan Laptop Dan Bersihkan Habuk (Clean Dust)

Jika anda menggunakan laptop dalam tempoh masa yang sangat lama, laptop anda boleh menjadi panas.

Haba panas yang melampau boleh mengakibatkan masalah yang serius seperti autoshutdown dan no display (skrin gelap walaupun butang power on).

Selain itu, habuk yang terperangkap dalam laptop mengakibatkan pengaliran udara menjadi semakin perlahan. Haba panas terperangkap dalam laptop dan tak boleh keluar. Udara sejuk dari luar pun tak boleh masuk dalam.

Tanpa pengaliran udara yang baik boleh menyebabkan laptop anda menjadi lebih cepat panas seperti yang di beritahu di awal tadi.

Haba yang terlampau panas boleh mengurangkan tahap kelajuan komputer dan dalam masa yang sama ianya mengakibatkan laptop anda rosak.

Kerana komponen seperti graphic chipset dan processor sangat sensitif kepada haba.

5. Install Antivirus Dan Buang Semua Virus Yang Ada Pada Laptop Anda

Antivirus ialah sejenis software yang menghalang dan memusnahkan pelbagai jenis virus yang mempunyai potensi untuk menyerang laptop anda.

Antivirus juga boleh membuang pelbagai jenis malware atau apa-apa saja perisian yang tidak sepatutnya terutama yang mempunyai potensi kurang baik hingga boleh menjadi penyerang untuk merosakkan komputer atau laptop anda.

Antara antivirus yang agak terkenal dan sering digunakan oleh ramai pemilik komputer dan laptop adalah seperti Alexa, Bitdefender, Avast, AVG, Malwarebytes, Firewall dan lain-lain lagi.

Software ini juga dikenali dengan gelaran ‘pagar api’ kerana keupayaannya untuk melindungi komputer atau laptop anda dari serangan virus yang berbahaya.

6. Tukar Power Settings Kepada Maximum Performance

Cara lain yang boleh dilakukan untuk melajukan laptop adalah dengan mengubah pada bahagian power settings kepada maximum perfomance.

Laptop anda akan lebih lancar dan laju namun ianya akan menggunakan lebih banyak tenaga berbanding sebelumnya.

Walaubagaimanapun cara ini sedikit sebanyak boleh membantu melajukan laptop anda ketika sedang digunakan.

7. Defrag Hard Disk Laptop Anda

Fragmention adalah penggunaan ruang hard disk yang tidak efisien. Ia merujuk kepada penyusunan fail dalam hard disk dengan cara tidak tersusun dan berterabur.

Apabila susunan fail tidak efisien dan tidak tersusun maka sudah semestinya masa yang diperlukan untuk sesebuah fail itu diakses menjadi lebih panjang daripada masa yang sepatutnya.

Defragmentation pula adalah kerja untuk mencari dan mengumpulkan semua cebisan-cebisan data yang telah terpisah ketika disimpan di dalam hard disk dan semua fail yang di cari itu akan disatukan supaya membentuk sebuah sebuah fail yang lengkap dan sempurna.

Ini pula adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menyiapkan sebuah Defragmentation:

Download kat google – ‘ defraggler ‘

Dah siap download kemudian install.

Pilih drive & tekan defrag

Tunggu hingga siap dan sambung dengan drive lain.

8. Disk Cleanup

Disk Cleanup boleh delete Temporary Internet Files, Download Program Files, dan Offline Webpages. Disk Cleanup juga membolehkan anda untuk kosongkan Recycle Bin, Delete Temporary Files dan Thumbnails.

Langkah-langkah untuk buat disk clean up:

WINDOWS 7

Buka start menu > pilih programs > pilih accessories > system tools > dalam system tool, pilih Disk Cleanup utility.

WINDOWS 8 & 10

Tekan windows key + R dan taip ‘cleanmgr’ dan tekan enter.

9. Format New Windows 7/8/10

Cara lain yang ada boleh lakukan adalah dengan format balik hard disk laptop anda dan install semula Windows baru.

Selalunya Windows baru yang di install tiada masalah sekiranya Format Clean dan hard disk tiada masalah (health hard disk 100%).

10. Gunakan Solid State Drive (SSD)

SSD adalah media storage yang paling pantas pada masa ini, dengan 10 kali lebih laju berbanding tradisional media storage, HDD.

SSD adalah satu teknologi yang lebih cekap, moden dan maju jika hendak dibandingkan dengan hard disk yang biasa digunakan pada kebanyakan desktop dan laptop sejak bertahun-tahun lalu.

Pendek kata, SSD ialah sejenis storan yang jauh lebih hebat daripada hard disk. Jika mahu melajukan laptop, anda harus menggunakan SSD kerana ia mempunyai kelajuan sehingga 10 kali ganda lebih pantas berbanding hard disk biasa.

Walaupun kapasiti adalah lebih kecil berbanding hard disk, tapi sangat laju. Saya rekomen anda pakai SSD 120GB /240GB dan jadikan hard disk lama anda sebagai secondary storage.


FR Laptop Service | Kedai Repair Laptop Murah di Kuala Lumpur

Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp

Facebook : @FRLaptopService

Alamat : 508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

Share on facebook
Share

Urgent nak repair laptop? Isi form di bawah. Cik Ain akan whatsapp anda dalam masa terdekat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top